Kekal Aktif dan Ceria dengan Biolife Nat B Fizzy

Rahsia Kekal Aktif dan Ceria dengan Biolife Nat B Fizzy | Tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada 2 orang cahaya mata memerlukan kinah sentiasa cergas dan bertenaga untuk menguruskan keluarga. Walaupun kekadang tu rasa letih, ditambah pula dengan keadaan pandemik pada waktu ni, nampaknya kinah kena tukar cara dan gaya hidup yang lebih sihat supaya kinah sentiasa kekal aktif dan bertenga sepanjang hari.

Kekal Aktif dan Ceria dengan Biolife Nat B Fizzy

Walaupun kini kita telah diberi kelonggaran untuk beriadah dan telah lengkap 2 vaksin, pematuhan SOP perlu diteruskan. Sebagai langkah berjaga-jaga kinah memang kurangkan aktiviti di luar rumah dan keluar hanya bila perlu saja. Namun begitu, kekal di rumah untuk gaya hidup yang sihat bukan menjadi penghalang untuk kita sentiasa bertenaga.


7 Amalan Gaya Hidup Sihat yang Kinah Amalkan Di Rumah

Siapa kata kita tak boleh nak amalkan gaya hidup yang sihat ketika di rumah. Cuma rajin dan malas je. Apa tunggu lagi, jom kita semak 7 amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan ketika di rumah tapi yang ni style kinah la. Kalau korang nak follow, dipersilakan.


1. Minum Air Dengan Secukupnya

Maksudnya di sini, kita ni kena perbanyakkan minum air kosong atau air mineral bukannya minum air manis saja. Kena balance. Tujuan kita minum air kosong ni untuk membantu organ buah pinggang kita merembes toksin dalam tubuh badan kita di samping membantu membakar kalori dalam badan kita.


2. Jangan lupa ambil sarapan

Pengambilan sarapan pada waktu pagi adalah sangat penting bagi memulakan hari tersebut. Kinah kalau dahulu selalu je skip sarapan sebabnya fikir nanti akan makan lagi pada waktu tengahari. Tapi tanggapan kinah tu salah sebenarnya. Sejak tahu pengambilan sarapan adalah penting, kinah tak pernah lagi skip sarapan. Paling malas kinah akan bancuh minuman nestum untuk permulaan hari.

3. Bersenam

Sekarang ni pun kita dah dibenarkan untuk beriadah di luar. Tapi disebabkan anak dara kinah ni kecil lagi, kita nak bersenam jauh tu memang tak dapat la. Senam dalam rumah pun boleh je. Sambil jaga anak kita bersenam. Bersenam ni bagus untuk kesihatan rohani dan jasmani kita. Ala 10 minit je setiap sesi. 

4. Pengurusan Stress

Tak dinafikan sejak kelas pdpr dijalankan, kinah agak stress ditambah pula dengan anak kecik lagi. Jadi, kinah kena bijak tangani stress dengan bahagi masa untuk kelas pdpr kakak, dengan bisness online dan dalam masa yang sama kerja-kerja blog, kerja rumah lagi. Pada mulanya, memang rasa nak menangis tau dengan semua tu, tapi lama kelamaan kinah dah boleh bahagi masa dengan betul, apabila rasa buntu kinah cuba dengar zikir dan baca Al-quran. Ingat ye, korang yang ada stress tu jangan buat main dengan stress ni tau.

5. Tidur yang berkualiti

Sejak ada anak kecik ni, memang dikatakan tiada istilah tidur yang berkualiti. Tapi itu dulu la. Sejak Lulu dah umur setahun ni, Lulu dia tak jaga malam dah, memang mudah la pada kinah berbanding dengan kakaknya dulu, memang setiap malam berjaga. Apabila Lulu dah tidur dengan normal, kinah pun kalau tiada kerja yang perlu disiapkan, memang kinah tidur awal. Kang lambat tidur, macam-macam penyakit datang. Mintak simpang uiiiii.

6. Terapi dengan essentials oil

Sejak pkp bermula, kinah ni dah mula berjinak-jinak dengan essential oils. Nak beli yang mahal tu memang diluar kemampuan kinah la, tapi hat yang kinah beli tu memang berkualiti dan yang penting harganya pun berpatutan. Selalunya, bila ada masa terluang memang kinah akan diffuse untuk kegunaan satu rumah. Bukan kita je yang nak berterapi tak gitu.

7. Pengambilan Suplemen (Makanan Tambahan)

Pengambilan suplemen pada masa kini adalah sangat penting bagi membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Tambahan pula pemakanan kita sekarang ni kebanyakannya tak berkhasiat, selalu makan makanan segera la, makanan manis dan pelbagai lagi. Nak tak nak kena la top up vitamin untuk badan kita.


BiO-LiFE Nat B Fizzy Suplemen Pilihan Terbaik Untuk Kesihatan Tubuh Badan Kita

Bicara mengenai vitamin, kinah nak kongsi dengan korang vitamin yang dapat membantu mengekalkan kesihatan kita supaya kita kekal aktif dan ceria daripada BiO-LiFE. Siapa yang tak kenal dengan jenama BiO-LiFE ni, kinah sendiri turut mengamalkan BiO-LiFE Proutix untuk kesihatan dalaman kinah tau. 

Rahsia Kekal Aktif dan Ceria dengan Biolife Nat B Fizzy

Jadi, pada kali ni kinah nak kongsi dengan korang vitamin BiOl-LiFE yang menjadi pilihan kinah dan suami ketika ini iaitu BiO-LiFE Nat B Fizzy yang mana suplemen membantu menyokong keperluan seharian kinah dan paling best ianya didatangkan dalam bentuk effervescent


Siapa yang Wajib Mencuba BiO-LiFE Nat B Fizzy

  1. Pelajar Aktif yang berumur 15 tahun ke atas sahaja (kanak-kanak tak digalakkan)
  2. Golongan muda
  3. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan tertekan
  4. Mereka yang ingin kekal fokus dalam pekerjaan
  5. Mereka yang memerlukan perangsang tenaga seperti kafien dan minuman bertenaga untuk kekal bertenaga sepanjang hari
  6. Mereka yang sering memandu untuk perjalanan jauh seperti pemandu bas dan lori
  7. Mereka yang sering bekerja sehingga larut malam

Khasiat BiO-LiFE Nat B Fizzy

Kekal Aktif dan Ceria dengan Biolife Nat B Fizzy
  • Vitamin B1 bertindak menukar karbohidrat, lemak dan protein menjadi tenaga
  • Vitamin B2 membebaskan tenaga dari karbohidrat, lemak, protein dan merangsang pertumbuhan
  • Vitamin B3 membantu tubuh menggunakan sumber tenaga yang diperoleh dari sumber makanan
  • Vitamin B5 membantu metabolisme lemak dan karbohidrat
  • Vitamin B6 membantu dalam pembentukan sel darah merah
  • Vitamin B12 turut terlibat dalam pembentukan sel darah merah
  • Biotin menguraikan karbohidrat, lemak dan protein menjadi tenaga
  • Vitamin C membantu dalam sintesis kolagen, penyerapan zat besi, dan menyingkirkan radikal bebas
  • Kalsium pula membantu menguatkan gigi dan tulang
  • Magnesium terlibat dalam pembentukan dan penjagaan kesihatan tulang


Kebaikan BiO-LiFE Nat B Fizzy

  • BiO-LiFE Nat B Fizzy tinggi dengan kandungan vitamin B complex dan vitamin C untuk membantu badan mecapai kesihatan yang optimum.
  • Dibungkus secara individu bagi menjamin tahap kebersihan serta bagi mengurangkan proses pengoksidan

Rahsia Kekal Aktif dan Ceria dengan Biolife Nat B Fizzy
  • Mudah di bawa kemana saja. Boleh selit je tepi handbag korang tu.
  • Rasanya yang sedap, ala macam kita minum air sparkling oren.
  • Cara penyediaannya pun mudah saja, hanya larutkan sebiji ke dalam air kosong, kemudian minum.
  • Seeloknya diambil selepas kita bersarapan pagi untuk penyerapan lebih baik.

Bagi mereka yang masih mencari suplemen untuk sentiasa kekal aktif dan ceria sepanjang hari, memang kinah sarankan untuk ambil biolife Nat B Fizzy ni. Korang boleh beli 2 x 10s Nat B Fizzy di Watson Online atau di store dengan hanya RM14.90 sahaja.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk biolife nat b fizzy,  korang boleh layari http://Biolife.2.vu/natb

Bagi mengetahui produk Bio-LiFE yang lain, korang boleh layari website atau media sosial Bio-LiFE seperti di bawah :

Website : 

Facebook : 

Instagram :

Post a Comment

0 Comments