Korang Kena Cuba Homemade Daging Masak Hitam Pak Jamal

Korang Kena Cuba Homemade Daging Masak Hitam Pak Jamal | Dah lama teringin dan cari daging masak hitam ala kenduri. Kali terakhir kinah makan daging masak hitam awal tahun ni, rasanya la. Itupun secara kebetulan ada orang berdekatan sini yang bukak order nasi kenduri lauk daging masak hitam. Memang berdesup kinah order dan rasa dia memang super sedap. Bila teringin lagi, orang tu dah tak ambik order pulak buat masa ni.

Kebetulan, pada minggu lepas jumpa nasi beriani lauk daging masak hitam di pasar tani dekat rumah ni tapi sayangnya tak kena pulak dengan tekak ni ha. Rasa macam daging masak kicap pun ada rasanya. Frust betul pada masa tu. Yop pujuk, takpe nanti ada yang jual la tu. 

Tak lama lepas tu, ada kenalan kinah share pasal Pak Jamal daging masak hitam. Katanya kinah kena cuba dulu power ke tak power daging masak hitam pak Jamal ni dan dijamin sedap katanya. Pada mulanya tak percaya jugak la, takut dapat macam yang kitorang beli di pasar tani kelmarin. 

Ok lah, teringin punya pasal, kinah pejam mata dan terus order sebekas. Nak lepas gian punya pasal. Mujurlah yop pun on jer dengan menu hari tu.


Pak Jamal Daging Masak Hitam

Tadaaa ni la dia Pak Jamal Daging Masak Hitam yang kinah katakan tu. Masa terima daripada abang grab haritu, panas lagi tau. Bau dia, tak usah cerita la. Kalau dah bau pun sedap, confirm rasa dia pun sedap.

Korang Kena Cuba Homemade Daging Masak Hitam Pak Jamal

Kinah beli dalam 500g. Jadi, kinah boleh ulang makan untuk makan malam pulak. Sedap sangat tau daging masak hitam pak jamal ni dan semestinya ianya halal dan home made dari Pak Jamal sendiri ye. Dagingnya empuk, cukup pedas, cukup rasa semuanya. Memang licin kami berdua makan.


Boleh Di Hidang Dengan Pelbagai Jenis Hidangan

Daging Masak Hitam Pak Jamal ni, korang boleh makan bersama dengan nasi panas, nasi lemak, lemang, ketupat palas, pulut dan macam-macam lagi la. Kinah, makan dengan nasi panas, tak sempat pulak nak ambik gambar makan dengan nasi. Lapar punya pasal. Serius, kami memang puas hati la dengan Pak Jamal Daging Masak Hitam ni dan kinah confirm korang akan repeat lagi nanti. 

Korang Kena Cuba Homemade Daging Masak Hitam Pak Jamal

Korang yang teringin dan nak mencuba Pak Jamal Daging Masak Hitam dan tinggal berdekatan dengan Sungai Buloh atau senang kata Lembah Klang, korang boleh contact no yang kinah bagi di bawah nanti. Korang boleh pilih sama ada nak 300g, 500g atau pun kalau nak lebih boleh order 1kg terus. Kinah saran korang order lebih sikit, nanti tak cukup pulak hehe.

Ni dia nombor admin Mak Siti untuk korang hubungi +60 11 11426351


#airtanganpakjamal #homemadefood #pakjamaldagingmasakhitam #klangvalley





Post a Comment

6 Comments

  1. Insyaallah ada rezeki boleh saya mencuba

    ReplyDelete
  2. Nampak best je tekstur daging tu. Terliur pulak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tinggal berdekatan dengan Lembah klang, boleh cuba pak jamal daging masak hitam ni

      Delete
  3. Daging masak hitam bukan masak kicap ke?

    Kalau tak silap masak guna kicap pekat, sos tiram dengan kucap manis pastu campur cili dengan bahan-bahan lain untuk naikkan lagi rasa. Sedap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain sikit boss, masak kicap dengan masak hitam ni. Kemudian daging masak hitam pak jamal ni macam kenduri punya. Mesti bro pernah rasa kan macam mana rasa dia . Bahan untuk masaknya pun selain guna kicap, ada bahan lain seperti buah keras, sedikit cuka. Boleh google resepi dia boss

      Delete