Pasaraya Lulu Grocer Kini Di Amerin Mall Seri Kembangan

Pasaraya LuLu Grocer Kini Di Amerin Mall | Assalamualaikum semua, teruja betul nak kongsi dengan korang mengenai pasaraya yang berkonsepkan barangan runcit. Tak lain dan tak bukan semestinya LuLu Grocer kini telah dibuka di Amerin Mall. Semestinya ini adalah berita gembira buat mereka yang tinggal di kawasan sekitarnya.

Pasaraya Lulu Grocer Kini Di Amberin Mall Seri Kembangan

Kinah sendiri pun teruja nak ke LuLu Grocer ni sebabnya kita boleh dapatkan barangan keperluan harian seperti barang basah dengan harga yang lebih murah terutama semasa pembukaannya. Siapa tak nak kot barang murah.

Buat pengetahuan semua ye, LuLu Grocer ni berkeluasan 31 000 kaki persegi yang mana ianya terbahagi kepada beberapa bahagian seperti masakan panas, salad, bahagian ikan, daging, dan paling best korang boleh beli kekacang dan kurma, roti dan kek serta pelbagai lagi.


Antara Barang Keperluan Harian Di LuLu Grocer Amberin Mall

Pasaraya Lulu Grocer Kini Di Amberin Mall Seri Kembangan

Korang boleh tengok ikan siakap ni, besar kot. Harganya pun agak murah. Masa kinah ke sini, orang ramai berebut duk kutip sekor demi sekor ikan siakap ni, masak sweet sour ikan siakap sedap ni weh.

Pasaraya Lulu Grocer Kini Di Amberin Mall Seri Kembangan
Pasaraya Lulu Grocer Kini Di Amberin Mall Seri Kembangan

Buah-buahan dia pun fresh dan semestinya harganya super duper. Tengah offer kan.

Pasaraya Lulu Grocer Kini Di Amberin Mall Seri Kembangan

Selain barang basah, LuLu Grocer juga turut menjual segala jenis cheese. Korang nak besar, nak kecik semuanya ada. Harganya pun kinah macam tak percaya je.

Pasaraya Lulu Grocer Kini Di Amberin Mall Seri Kembangan

Bagi yang inginkan minuman berjus yang segar dan tanpa gula, haaa boleh dapatkannya di bahagian salad. Bukan saja air buah, buah yang dah siap potong pun ada tau.

Pasaraya Lulu Grocer Kini Di Amberin Mall Seri Kembangan

Nahhh, siapa kata kek birthday hanya beli di kedai kek saja, LuLu Grocer juga turut menjual kek seperti kek hari lahir. 

Pasaraya Lulu Grocer Kini Di Amberin Mall Seri Kembangan

Tak nak kek seketul macam tu, korang boleh pilih kek potong dengan pelbagai perisa. Senang, semua perisa ada dan boleh cuba.

Pasaraya Lulu Grocer Kini Di Amberin Mall Seri Kembangan

Hahh periuk kuali dah teruk benor rupa kat dapur tu, ada bajet lebih, bolehlah beli kat LuLu juga. Macam-macam jenis periuk ada. Tinggal nak pilih je.

Pasaraya Lulu Grocer Kini Di Amberin Mall Seri Kembangan

Bagi peminat kekacang, dan kurma korang boleh dapatkannya di bahagian Roastery. Banyak pilihan kot. Kinah sendiri rambang mata nak pilih yang mana.

Barang harian lain pun ada juga di sini

Pasaraya Lulu Grocer Kini Di Amberin Mall Seri Kembangan

Disebabkan kawasan LuLu Grocer ni agak luas, mereka turut menyediakan kemudahan seperti tempat makan, kawasan parkir yang selesa serta kebersihannya pun sentiasa terjaga. Tak sempat nak ambik gambar pulak.

Ditambah pula, lokasinya pun adalah kawasan strategik yang mana ianya betul-betul bersebelahan lebuhraya SILK dan ianya boleh di akses jika kita datang dari arah Kajang, Serdang dan Cheras.

Jadi, tunggu apa lagi.... Ajak kawan-kawan, jiran tetangga datang ke cawangan LuLu Grocer yang ke 4 ni sekarang tau.

Tahniah LuLu Grocer!!!!

Post a Comment

3 Comments

  1. wahh, pasaraya LULU ni ramai orang puji lagi best ... Tak pernah lagi sampai ke tak tau ada ka tak kat Johor ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kat Johor belum ada lagi. Doa² lepas ni LuLu buka branch di sana pula ye

      Delete
  2. Lulu Grocer ni adik-beradik Jaya Grocer ke?

    ReplyDelete