Pengalaman Menginap di Pearl Inn Taiping | Cewah, tajuk bukan kemain. Sebaik saja rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober 2021 yang lepas, kami plan nak pulang ke kampung untuk melawat mak dengan ayah. Tapi, mak pesan tangguh dulu sebabnya rumah mak dalam proses renovation huhu. Pulak dahhh!!
Ok lah, kita tunggu rumah opah siap baru boleh balik, lagipun tengah banyak habuk sebab renovation tu.
Jadi, dari plan A tukar ke plan B iaitu balik ke Taiping untuk tengok keadaan rumah di sana pulak. Iyela, dah lama tak balik, apa jadi dengan rumah tu pun tak tau. Jadi, yop plan nak kemas dan tebas la apa yang patut.
Apabila rumah dah lama tinggal, tak boleh la nak stay di situ. Nak tak nak, kena la kami cari satu hotel yang berdekatan untuk kami berteduh untuk beberapa malam. Dekat tak dekat, kami tempah satu hotel dekat dengan Taman Tasik Taiping iaitu Pearl Inn PLT.
Pengalaman Menginap di Pearl Inn Taiping.
Kalau sebelum ni kami menginap di The Regency Hotel, tapi kali ni kami nak tukar angin pula untuk menginap di Pearl Inn pula. Lokasinya tak jauh pun dari Taman Tasik Taiping tu.Sumber dari google (pinjam dari google) |
Sumber google juga |
Sumber google lagi (tak dan nak ambik gambar) |
Sejujurnya, bilik yang kami pilih ni tak besar mana pun. Jadi, nak keselesaan, kami alihkan katil ke tepi dinding. Jadi, ada ruang untuk si Lulu nak bermain. Sebaiknya la, bagi mereka yang ada anak kecil, ambik bilik lain atau apartment untuk tujuan keselamatannya. Kalau tengok di gambar tu, korang tengok tak ada meja. Tapi sebenarnya ada je meja dekat cermin tu.
Selain tu, bilik ni jugak ada hair dryer. Tapi kinah ni tak pakai sangat pun hahah. Biar rambut kering secara natural.
Seperti biasa, kami kalau pilih hotel kami akan cari sekali yang sediakan breakfast sekali. Bukannya apa, senang sikit kerja. Bangun pagi terus ada sarapan. Tambah dengan ada si Lulu ni, pergerakan kami agak terbatas. Di tambah pula, cuaca yang tak menentu ni. Jadi, kami di beri pilihan sama ada nasi lemak atau pun sandwic. Macam biasa, tekak melayu ni confirm nak makan nasi lemak dan nasi lemaknya memang sedap. Korang kena cuba.
Lepas breakfast tu, kalau korang nak berOoTd di kawasan lobi pun boleh sebab ada barang hiasan dan barangan antik di situ dan di lobi ni juga korang breakfast. Ada meja disediakan.
Korang yang ada plan nak ke Taiping dan cari tempat penginapan yang dekat dengan puasat bandar Taiping boleh la ke Pearl Inn ni. Kinah booking dari Agoda je. Nak tau apa aktiviti kami lepas yop settle hal rumah dia, nanti kinah update lain ye
2 Comments
belum pernah sampai ke Taiping..hehehe
ReplyDeleteTakpe, nanti bila-bila boleh jalan ke Taiping pulak
Delete