Cara Penjagaan Kaki Dengan Betul Bersama Sunfeet International Rehab Centre Petaling Jaya

Cara Penjagaan Kaki Dengan Betul Bersama Sunfeet International Rehab | Diri kita ni diibaratkan seperti sebuah pokok. Semakin kuat akarnya, makin teguhla pokok tersebut, jika akarnya tak kuat, pokok tu tak stabil dan lama kelamaan akan tumbang. Samalah dengan badan kita ni disokong sepenuhnya oleh kaki kita yang mana ianya berperanan sama seperti akar pokok tersebut. Cuba korang bayangkan jika kaki kita sakit atau ada masalah, bagaimana kita nak meneruskan kehidupan seharian kita seperti sebelum ni.

Orang putih kata"Prevention better than cure" ecece bahasa orang Putih pulak ye. Tapi memang itu hakikatnya, mencegah lebih baik dari mengubati. 

Cara Penjagaan Kaki Dengan Betul Bersama Sunfeet International Rehab Centre Petaling Jaya

Jadi, kinah nak kongsi dengan korang cara penjagaan kaki yang betul. Selama ni kita fokus pada kulit muka, rambut je kan. Tapi kali ni kena extra care kaki pula sebab sama sama penting kan. Kalau kita selama ni sering mengabaikan penjagaan kaki, lama kelamaan kaki kita akan mudah dijangkiti kulat, tumit pecah, berbau dan pelbagai lagi masalah lain.

Korang mesti tak nak masalah ni terjadi pada korang kan.


Cara Penjagaan Kaki Dengan Betul Bersama Sunfeet International Rehab Centre

Sebenarnya mudah je nak jaga kaki kita ni. Perkara pertama yang perlu kita buat semestinya 

Membasuh kaki - penting tau basuh kaki ni, nak elakkan kulit kita dari terkena jangkitan kulat ataupun bakteria disebabkan pemakaian stokin ataupun sering terdedah dengan habuk dan kotoran. Jadi, pastikan kaki kita tu dibersihkan setiap hari terutama di bahagian celah-celah kaki kita

Pastikan kering - kelembapan biasanya berlaku apabila kita berpeluh, semasa memakai stoking. Jika kita terus biarkan kemungkinan jangkitan kulat akan berlaku. Jadi, selepas mandi pastikan kaki kita kering terlebih dahulu sebelum memakai stokin atau pakai kasut

Pakai pelembap atau losyen - kaki pun nak pakai losyen jugak tau bagi mengekalkan kelembapan dan mengelakkan kulit kaki kita kering dan bersisik. Cuba bayangkan kulit bahagian tumit kita kering dan pecah, segala kekotoran akan terperangkap pada kulit dan tumit kaki kita akan kelihatan hitam.  

Memakai Stokin - memakai stokin setiap hari adalah sangat bagus kerana ianya melindungi kaki daripada kotoran dari persekotaran serta turut melindungi kaki kita dari sinaran uv. Tapi perlu diingat, stokin tu perlu ditukar setiap hari ye.

Memakai kasut yang selesa - korang biasanya beli kasut berdasarkan apa? Sebab cantik, harga ataupun keselesaan kaki kita? Kalau kinah, kinah bukan saja pilih untuk keselesaan kaki, tak ketat, tak tinggi yang penting jimat duit poket.

Sebenarnya kasut yang sesuai dengan kita ialah kasut yang ikut bentuk kaki kita. Tak tau nak beli kasut yang sesuai kat mana?


Sunfeet International Rehab International Centre Petaling Jaya

Ahad lepas, kinah berkesempatan berkunjung ke Sunfeet International Rehab Centre yang terletak di Petaling Jaya kekonon nak mencari kasut dan secara kebetulan pada hari tu juga berlangsungnya "talk show" mengenai kesihatan dan penjagaan kaki serta pemilihan kasut yang sesuai dengan kita.

Kinah pun stay la nak dengar talk show tersebut. Talk tersebut disampaikan oleh Dato' Dr Edmund Lee seorang pakar Ortotik dan Prostetik yang ternama di Asia juga pemilik Sunfeet International Rehab International Centre.

Cara Penjagaan Kaki Dengan Betul Bersama Sunfeet International Rehab Centre Petaling Jaya

Apa yang menarik dalam talk tersebut beliau kongsikan cara memilih kasut dengan betul seperti guna kasut yang bersesuaian dengan aktiviti, beli kasut pada waktu petang, apabila beli kasut cuba kedua-dua kasut terlebih dahulu kerana saiz kaki kita berbeza dan jika salah satu saiz kaki kita lebih besar, ambik saiz yang lebih besar supaya jari kita ada ruang untuk bergerak dan paling utama sekali pilih tapak kasut yang sesuai dengan kaki kita seperti tebal dan lembut bagi mengurangkan tekanan sewaktu kita berjalan.

Pada masa yang sama juga barulah kinah tahu rupanya selama ni jenis kaki kita berbeza-beza ada yang lengkung rata, ada yang lengkung tinggi. 

Untuk mereka yang mempunyai lengkung kaki yang rata, akan menyukarkan proses berlari, tak boleh berdiri lama dan risikonya akan selalu sakit belakang dan sakit lutut. 

Cara Penjagaan Kaki Dengan Betul Bersama Sunfeet International Rehab Centre Petaling Jaya

Simptom sama seperti kinah alami, setelah buat foot screening secara percuma dan konsultasi dengan Dato' Dr Edmund Lee sendiri, yes kaki kinah rupanya hampir menjadi lengkong rata. Patutlah selalu sakit belakang dan lutut. 

Serius la wehhhhh......

Di Sunfeet, korang ada banyak pilihan dari kasut kank-kanak, kasut sukan, kasut wedges dan pelbagai lagi tapi jika korang ada masalah ortotik dan prostetik seperti kaki tak rata tadi, korang boleh dapatkan pelapik kaki yang sesuai dengan keadaan kaki kita ataupun minta khidmat nasihat daripada doktor untuk selesaikan masalah tersebut.

Lagipun Sunfeet bukan saja mempunyai kasut untuk normal people, tetapi ada juga untuk mereka yang ada masalah seperti kinah nyatakan tu.


Cara Penjagaan Kaki Dengan Betul Bersama Sunfeet International Rehab Centre Petaling Jaya

Dengan keadaan kaki kinah sekarang ni, kena beli kasut untuk keperluan kaki bukan untuk nampak cantik la jawabnya. Takpela, labur sedikit duit untuk kesihatan kaki kita bukan kaki orang lain.

Cara Penjagaan Kaki Dengan Betul Bersama Sunfeet International Rehab Centre Petaling Jaya

Korang yang berminat nak buat pemeriksaan kaki seperti kinah, konsultasi dengan doktor, serta dapatkan kasut kesihatan kaki bolehlah berkunjung ke Sunfeet International Rehab Centre di Petaling Jaya. 

Waktu operasi:
 Isnin-Sabtu (10am- 5.30pm)

Sunfeet International Rehab Centre
Ground Floor, Wisma Daju 5, No 21, Jalan Barat,
46200 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 0135283939/ 0139122839

Waze : Starbucks PJ8














Post a Comment

2 Comments

  1. betul, kaki pun kena jaga juga. alamak part pakai stoking tu, akak mmg suka pakai stoking time hari kerja tapi tak rajin tukar sebab duk fikir tak kotor. haha..lps ni kena tukar habit..

    ReplyDelete
  2. Penjagaan kaki ni penting sangat. Sakit kaki kalau tak pilih selipar atau kasut yang betul. Dulu rajin jugak pakai heels dan wedges untuk nampak tinggi dan cantik gitu. Sekarang insaf dah, pakai kasut yang selesa baru tak sakit kaki berjalan.

    ReplyDelete