4 Cara Bagi Minyak Wangi Bau Tahan Lama Dengan Bagaidikata Perfume

4 Cara Bagi Minyak Wangi Bau Tahan Lama Dengan Bagaidikata Perfume| Dah jadi acara wajib sebelum nak keluar kena sembur dulu minyak wangi. Bukannya apa, nak elak bau yang tak best bila berpeluh nanti. Kita tak selesa, orang lain apatah lagi. Tambah nak keluar jumpa kekasih, tapi bau Ya Ampun..

Namun begitu, timbul pula masalah lain apabila minyak wangi tu hanya tahan setengah jam saja, wehhh serius la. Takkan nak sembur setiap setengah jam, taukeh minyak wangi pun boleh bankrap macam ni. Nak jumpa orang nak tak nak kena sembur lagi. Nak kata guna minyak wangi murah, tak jugak. Harganya pun boleh tahan. Beli jenama lain pun macam tu jugak. 

Arghhhhhh!!!!

Stress kan, bila jadi macam tu. Dah bermacam jenis perfume kita beli, dan cuba tapi tak seperti yang kita harapkan. Korang jangan sedih okay, sebenarnya ada cara bagaimana nak bagi perfume yang tahan lama bau dia..


Cara-Cara Untuk Minyak Wangi Bau Tahan Lama

Sebenarnya, ada cara dia nak bagi minyak wangi kita tu bau dia tahan lebih lama. Kinah harap, korang lepas baca ni terus buat okeh.

1. Simpan Minyak Wangi Dalam Suhu Bilik

Korang biasa simpan minyak wangi kat mana? Jangan ek simpan minyak wangi dalam bilik air atau tempat panas ye bimbang partikel minyak wangi korang akan pecah dan menyebabkan baunya tak tahan lama. Sayang tau, beli mahal tapi bau dia tak tahan lama.

2. Simpan Minyak Wangi Dalam Kotak

Haaa yang ni biasanya bila kita beli dan keluarkan dari kotak, kotaknya kita lempor dalam tong sampah. No! No! Lepas ni jangan buang ek, simpan minyak wangi tu dalam kotak supaya selamat dari cahaya matahari dan suhu panas

3. Jangan Lupa Ketatkan Penutup Botol Minyak Wangi

Benda ni kita nampak, alaaa leceh la nak bukak tutup bagai. Belum lagi dengan kelam kabut nak siap pergi kerja dan sebagainya. Jangan ek amalkan. Pastikan pentup minyak wangi korang tutup ketat.

4. Pilih Minyak Wangi Dalam Bekas Kecil

Ala bekas kecil? Iye korang pilih yang bekas kecil supaya intensiti minyak wangi akan kekal berbanding dengan botol yang lebih besar. 

Amacam, dah tau kan cara supaya minyak wangi baunya tahan lama. Jangan lupa amalkan ye. Bagi mereka yang tengah nak cari perfume baru, kinah nak kongsi dengan korang jenama perfume baru dari Bagaidikata Perfumes.


Minyak Wangi Bagaidikata Perfumes dari Alphaseries

Wuhuuuu excited ni nak kongsi dengan korang perfume baru dari Bagaidikata Perfumes ni. 

4 Cara Bagi Minyak Wangi Bau Tahan Lama

Buat pengetahuan semua, Bagaidikata merupakan jenama baharu di Malaysia yang memfokuskan penghasilan minyak wangi secara handcraft dan ianya dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Projek Serius Sdn Bhd dan 100% anak Malaysia.

Matlamat utama mereka adalah untuk menembusi pasaran minyak wangi di Malaysia dengan haruman / scents dari ciptaan / rekaan sendiri. Bagaidikata Perfume bukan inspired atau klon seperti jenama lain ye. Lagipun mereka dah menghasilkan pelbagai jenis wangian sejak 2019 lagi. Tapi pada masa tu mereka hanya menjualnya kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja untuk mendapatkan feedback kualiti wangian yang dihasilkan.

Jadi, bermula 22 Mei 2022 lepas, Bagaidikata Perfumes mula melancarkan siri wangian pertama mereka iaitu Alpha Series yang diperkaya dengan Pheromones dan Copulins untuk lelaki dan juga wanita.


ALPHA SERIES By Bagaidikata Perfumes

4 Cara Bagi Minyak Wangi Bau Tahan Lama

Alpha Series Bagaidikata Perfume kalau korang nak tahu, ianya berbeza dengan wangian lain yang ada di pasaran. Pertama sekali ianya dihasilkan secara handcraft di Malaysia dan hanya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti seperti Pheromones dan Copulins (hormon sintetik) yang mana pheromones sintetik digunakan serta menjadikan wangian ini menjadi lebih memikat, mempersona, menggoda. Orang yang berada di sekeliling akan lebih mudah mesra, senang mendekati.

Manfaat Pheromones dalam Minyak Wangi Perfume

Sebenarnya banyak manfaat Pheromones dalam minyak wangi Alphaseries ni. Antaranya ialah

4 Cara Minyak Wangi Bau Tahan Lama

Alpha Series membolehkan penggunanya merasai pengalaman unik ketika memakainya. Si pemakai akan menarik perhatian orang  yang berada di sekelilingnya, mereka akan lebih mesra dan suka mendekati anda. Haaaa jangan pandang rendah dengan minyak wangi Bagaidikata ni ye.

Dalam Bagaidikata Perfumes, ada 7 version kesemuanya dan bakal dilancar secara berperingkat. Bagi versi pertama telah dilancarkan pada Mei 2022 lepas dan ada wangian untuk lelaki dan wanita iaitu Alphamale V1 dan Alphafemale V1.

Alphamale V1

4 Cara Bagi Minyak Wangi Bau Tahan Lama
Alphamale V1

Untuk haruman Alphamale V1 ni kalau korang nak tahu mengandungi Musk, Vanilla, Woody Accords, Osmanthus, dan Fruity Accords. Serta kandungan tambahan iaitu 25mg Pheromones per oz

Alphafemale V1

4 Cara Bagi Minyak Wangi Bau Tahan Lama
Alphafemale V1

Bagi haruman Alphafemale pula mengandungi Musk, Vanilla, Pomegranate, Ylang-Ylang, Grapefruit, Fruity, Flowe Accords serta mengandungi 25mg Pheromones per oz.

Cara Guna Perfumes Bagaidikata Perfumes Dengan Betul

Kinah nak tanya, biasanya korang sembur perfumes bahagian mana? Ada tak yang sembur pada baju? 

Lepas ni jangan buat macam tu lagi tau terutama pada yang menggunakan perfumes Bagaidikata ni sebabnya kedua-dua perfumes ni dicipta untuk kulit ye bukan untuk baju kita. Sebab tu, kita disarankan menyembur minyak wangi pada kulit dibahagian badan seperti leher, bahu, pelipat tangan, serta kaki. Nak lagi best sembur selepas mandi.


Apakata Kinah Mengenai Bagaidikata Perfumes

Kinah aritu lepas saja dilancarkan, kinah terus grab Alphamale V1 untuk husband, dan Alphafemale V1 untuk diri sendiri. Kedua-dua haruman perfumes ni kinah dah cuba, paling kinah suka haruman Alphamale V1 tu. Haruman maskulin gitu. Haha pelik betul citarasa, padahal ada je haruman untuk wanita. Lain orang lain citarasa dia. Haruman untuk wanita pun best jugak. Pada mulanya kinah spray Alphafemale, macam tak ngam dengan kinah. Tapi lepas spray dua ke tiga kali, bau tu macam dah serasi. Eh sedap pulak. Selepas pakai tu, bau dia masih ada di ruangan kita sembur padahal pemakainya dah keluar dah. Umpama kita pakai pewangi rumah pula.

Satu lagi perkara yang kinah puas hati dengan perfume Bagaidikata ni semestinya bau dia tahan lama. Even baju tu dah basuh, baunya masih ada walaupun dah beberapa hari basuh. Memang berbaloi la beli. 

Korang yang nak minyak wangi ni kena beli cepat tau, sebab minyak wangi ni limited, sebab handcraft kan. Jadi, ambik.masa sikit nak hasilkan, tapi kualiti dia memang tiptop.

Tak sabar pula nak tunggu versi ke dua pula. Mesti bau dia best.

Korang yang nak dapatkan info mengenai Bagaidikata Perfumes ni boleh layari 

Shopee : 



Post a Comment

9 Comments

  1. Wah, menarik ni ada minyak wangi Bagaidikata!

    ReplyDelete
  2. Packaging dia nampak mahal dan bekas perfume tu sendiri cantik. Bauan tu sis suka vanilla, musk dan fruitty. Mesti bau dia tu sis suka.

    ReplyDelete
  3. cantik botolnya.. gabungan vanilla musk mmg best.. suka bauan yang buat kita dan org sekeliling selesa

    ReplyDelete
  4. okay dapat ilmu baru dari entry ni. Baru tahu beli bekas kecil lagi bagus untuk minyak wangi tahan lama. Nanti nak cuba lah bagaidikata perfume ni hihi

    ReplyDelete
  5. Minyak wangi ni memang wangi, Sis belum cuba, tapi kawan dah pakai, tu yang tau wangi tuu

    ReplyDelete
  6. Menarik minyak wangi ni. Wangian bukan jenis inspirasi dari jenama tersohor kan kak? Lebih kepada mereka cipta sendiri bau tu kan kak? Nanti nak try la. Saya suka bau segar yang tidak meloyakan. Ada yang bau wangian loya loya tu pening kepala saya.

    ReplyDelete
  7. Wow... these are good tips to make your perfume long lasting. Thank you for sharing, Kinah.

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing this fragrance brand, i like their packaging and will check out

    ReplyDelete
  9. yg tips kinah sharing tu, akak selalu buat semua kecuali yg no.4..haha..sejenis beli minyak wangi nak saiz besar utk tahan berbulan2..haha..so lps ni boleh tukar minyak wangi dlm botol kecil...

    ReplyDelete