4 Panduan Penting Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Rumah

4 Panduan Penting Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Rumah| Memiliki rumah idaman adalah impian setiap insan. Tapi dengan harga pasaran yang semakin lama semakin tinggi, ditambah pula dengan wabak Covid-19 yang masih belum berakhir menyebabkan ramai yang mengambil keputusan untuk menyewa saja rumah kerana lebih banyak komitmen lain yang perlu dipenuhi. 

Tapi sampai bila kita nak menyewa rumah?

Kami suami isteri dahulu pun pernah menyewa rumah flat selama 5 tahun jugak la sebelum kami buat keputusan untuk beli rumah yang kami duduki sekarang.

Kami tekad untuk keluar dari rumah sewa tu atas sebab faktor keselamatan.  Alhamdulillah pada tahun 2018, urusan kami untuk beli rumah di permudahkan walaupun rumah yang kami beli adalah rumah second hand saja. Bersyukur dengan apa yang ada.

Kawasan perumahan yang kami pilih pun tak jauh dari rumah sewa kami dahulu dan semestinya berhampiran dengan fasiliti. Alhamdulillah, kami dah ada rumah yang selesa dan semestinya dapat jiran yang sekepala. Syukur sangat.

Berbalik semula dengan pembelian rumah ketika ni, dengan keadaan ekonomi sekarang yang masih tak stabil, boleh ke kita beli rumah? Jika boleh, apa yang perlu kita buat sebelum kita buat keputusan untuk beli rumah. Semasa kami dalam proses nak beli rumah, pelbagai artikel, pelbagai property yang kami search untuk rujukan sebelum membeli rumah. Bukannya apa, silap pilih rumah, akan memberi kesan pada kita nanti. 

4 Panduan Penting Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Rumah


Panduan Penting Sebelum Membeli Rumah Pada Tahun 2022

Proses beli rumah bukan satu proses yang mudah terutama buat pembeli rumah pertama. Bukan seperti kita beli basikal, berkenan dengan design, warna dan terus je bayar tapi proses membeli rumah ni tak semudah yang kita sangka. Jadi, bagi mengelakkan korang tersalah beli, kinah nak kongsi dengan korang beberapa panduan penting sebelum korang buat keputusan untuk membeli rumah. So, please take noted ya!!

Kenal pasti Matlamat Membeli Rumah

Bagi kinah, perkara ni sangat penting ye. Ingat tau, salah pilih rumah bukan senang ye nak jual balik rumah tu, kekadang memakan masa selama bertahun, ada juga tak laku. Haa sapa pula yang rugi nanti kan... Jadi, korang sebelum beli tu, berbincang dahulu dengan pasangan korang matlamat nak beli rumah ni. Selalunya, kita ni buat keputusan nak beli rumah disebabkan dua perkara sama ada nak beli rumah untuk diduduki ataupun rumah untuk pelaburan. 

Jika dah sepakat nak beli rumah untuk diduduki, korang pilihlah harga mengikut kemampuan dan yang penting semestinya memenuhi keperluan diri dan keluarga seperti tidak terlalu jauh dengan tempat kerja sekarang dan kemudahan lain dikawasan sekitar seperti masjid, sekolah, pasaraya, restoran dan sebagainya. Bayangkan la ye, korang beli rumah jauh dari tempat kerja sekarang, korang terpaksa keluar awal dari rumah ke tempat kerja, nak hantar anak sekolah lagi. Aish macam-macam hal. Fikir-fikirkanlah ye.

Bagi yang ingin membeli rumah untuk pelaburan (ini untuk mereka yang ingin jadikan rumah mereka, rumah sewa) , ada beberapa perkara yang perlu korang kena kaji sebabnya ini adalah soal pulangan masa hadapan ye. Jika tak berbaloi investment korang tu, kan dah rugi. Ingat ye sebelum nak beli tu pastikan rumah tu benar-benar beri pulangan pada korang, adakah rumah tu akan ada permintaan pada masa sekarang atau masa hadapan, berapa pula harga sewa rumah tersebut, dan adakah korang akan jualkan semula selepas rumah tersebut capai harga tertentu. Semua ni, penting ye. 

Ingat tau, kalau korang punya investment tak menjadi, akan beri kesan pada kewangan korang selama bertahun-tahun. 


Semak Kelayakan dan Kemampuan Bayar Pinjaman Bank

4 Panduan Penting Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Rumah

Apabila korang dah ada matlamat untuk beli rumah tu, perkara kedua semestinya kena semak kelayakan dan bayaran pinjaman secara online atau tak tak tahu bagimana korang boleh minta bantuan jurubank ataupun perunding hartanah. Benda penting ni, cuba bayangkan kita dah memang layak untuk beli rumah, tapi bayaran bulanan makkk aiii.. 

Bila kita dah semak, barulah kita tahu kelayakan kita beli rumah.

Walaupun rumah yang kita nak tu, cantik, luas, cukup lengkap fasiliti tapi komitmen bulanan tu kita kena kira pakai. Sebaiknya beli rumah biar nampak sederhana janji poket tak rabak. Jadi, kinah nasihatkan jadilah pengguna yang bijak, kira bajet bulanan dan kurangkan kos yang tak perlu. Jika tak beringat dari sekarang, makan kena catu la jawabnya sementara tunggu gaji seterusnya. 


Pilih Rumah Mengikut Cita Rasa 

Apabila dah tau berapa kelayakan dan bayaran pinjaman setiap bulan, korang boleh decide nak beli rumah apa, sama ada rumah landed ataupun rumah apartment. Eh kat Malaysia ni macam-macam jenis rumah ada. Ikutlah keselesaan dan bajet yang ada. Sekarang ni pun dah banyak dah skim rumah mampu milik yang ditawarkan di Malaysia tak kira la di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan sebagai contoh Skim Perumahan PR1MA.

Korang rajin-rajinkan diri semak di website, ataupun iklan-iklan di akhbar. Ingat eh, pastikan lokasi yang korang pilih tu adalah lokasi yang strategik. Jika korang pilih kawasan perumahan sedia ada, apa kata korang jalan-jalan dulu di kawasan tu, bukanlah semua tempat korang redah, senaraikan dulu kawasan yang betul-betul korang nak beli kemudian barulah tengok tempat tu macam mana. Kalau ok, teruskan je niat korang nak beli rumah di kawasan tersebut. 

Kami dulu, dah tau kawasan pilihan kami pergi survey dulu, tengok kawasan tu macam mana pada waktu petang, waktu malam. Ok ke tidak, tengok pulak kemudahan yang ada kat situ, ada sekolah, masjid, kedai runcit, bengkel eh semua la lepastu jumpa kejirana  di kawasan situ, seperti kami dulu, kami sapa, nak kenal,.kemian tanya la ok ke. Tup tup sekarang dah jadi jiran kami secara official hehehe...


Buat Persediaan Untuk Dapatkan Pinjaman Perumahan

Dah puas survey kawasan dan dah tau kawasan mana menjadi pilihan, korang dah boleh buat persediaan untuk buat pinjaman perumahan sama ada melalui bank dan yang bekerja dengan kerajaan boleh memohon pinjaman melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Sebelum tu, korang kena pastikan dulu skor kewangan tu cantik je supaya senang dapat kelulusan serta boleh mengurangkan kadar faedah yang korang kena bayar. Contoh pinjaman pelajaran seperti PTPTN, jangan buat main ooo. Bila ada pinjaman tertangguh, risiko permohonan tu tak lulus tinggi dan pastikan juga korang bebas CCRIS. Kat mana nak semak? boleh semak di mana-mana cawangan Bank Negara.

Selain tu, pastikan dokumen sokongan lengkap seperti salinan kad pengenalan, penyata gaji tiga bulan terkini ataupun enam bulan terkini, penyata bank tiga atau enam bulan yang terkini, penyata KWSP atau borang EA, serta dokumen sokongan untuk pendapatan sampingan seperti pendapatan sewa, ASB dan sebagainya.

Satu lagi, korang jangan lupa untuk sediakan deposit ye. Kebiasaannya, deposit rumah adalah sebanyak 10% daripada harga belian. Bila dah setuju nak beli rumah tu, korang kena bayar terlebih dahulu sebanyak 3% kepada agensi hartanah ataupun peguam sebagai pemegang amanah, kemudian setelah pinjaman korang dah lulus, akan tandatangan perjanjian jual beli dan bayar baki 7% lagi. So, 10% semuanya deposit tu. Jika pinjaman korang tak lulus, jangan risau deposit tu tak kan hangus la, akan dapat balik.

Selain deposit, kos guaman serta duti stem perjanjian jual beli perlu disediakan. Selalunya, proses ni apabila pinjaman korang dah lulus dan korang kena lantik peguam untuk urusan jual beli. Macam biasa la, deposit kos guaman perlu diambil kira dan perlu diselesaikan apabila perjanjian jual beli tu sudah ditandatangani dan di stem cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Apabila dah selesai semua proses tandatangan urusan jual beli dan dokumentasi, kebiasaanya proses tukar pemilik dan dapat kunci lebih kurang 4 bulan gitu. So korang kena sabar ye. Ini berdasarkan pengalaman kami semasa beli rumah subsale dahulu. 


Kesimpulan 

Hmm banyak kan proses dia, sebab tu kinah kata proses jual beli ni bukan suatu yang mudah. Rancang terlebih dahulu sama ada korang dah bersedia atau pun tidak untuk memiliki rumah ni. Jangan buat keputusan tergesa-gesa, bimbang nanti menyesal sampai bila-bila. Jika betul-betul dah bersedia, buat perancangan lebih awal seperti buat savings supaya korang tak rasa terbeban. Kinah rasa, cukuplah dulu panduan ni. Jika ada masa lain, kinah kongsi lagi okeh. 



 

Post a Comment

2 Comments