Hulu Selangor Takde Air 3 Hari | Wahai orang Hulu Selangor, sudahkah anda menyimpan air? Aiseyyyy benda memang tak boleh nak elak dah. Nak tak nak kena menadah air.
Jiran-jiran semua dah kalut beli tong air besar, mana taknya dari 9 Ogos 2022 hingga 11 Ogos dijangka tiada air disebabkan pihak Air Selangor akan melaksanakan penambahbaikan dan penyelengaraan aset di LRA Sungai Rasa. Bila tengok balik senarai kawasan yang terlibat, sampai ke kawasan rumah Kak Ana Jingga tu terlibat.
Pada mulanya, kinah macam "kawasan rumah aku kena tempias ke?" Sekali bila baca satu-satu kawasan yang terlibat, hmm termasuk jugak la nampaknya.
Mujurlah diorang bagitau awal pasal ni, bolehlah bersiap siaga kumpul air, mana nak masak, nak mandi, anak kecik lagi. Sekolah pun direhatkan sehari disebabkan gangguan air ni. Mujur askar tak ramai kat rumah ni dan Yop terus ambik cuti sebab takde air ni la. Harapnya tank air tu bertahan la selama takde air ni.
Ni pun, plan nak simpan air dalam pool budak-budak ni. Idea dari mak.
Takpelah, susah hari ni untuk kesenangan akan datang kan. Kang tak selenggara, dibuatnya rosak lagi naya. Entah berapa hari pulak air takde. Benda bukan boleh kita jangka. Harapnya gangguan ni tak lama, dan urusan mereka dipermudahkan.
Mujurlah bekas biskut lama tu tak humban lagi, bolehlah buat bekas simpan air untuk air masak, air basuh tangan kan.
Rasanya ni pengalaman pertama sepanjang duduk Hulu Selangor air takde. Setakat takde air pagi, biasa petang dah ada dah air. Ni 3 hari kot. Takpe la kita harung jugak la. Kalau kakak tak sekolah, boleh lari balik kampung, ni bukan saja kakak sekolah, kereta pun check in workshop, nak balik kampung apanya. Hahahahhaha je la.
5 Comments
Sabar jelaa yea Kinah.. moga selalu dipermudahkan urusan
ReplyDeleteAamiin terima kasih sha. Pengalaman pertama, selalu tengok orang, kali ni kena kat kite pulak.
Deletememang leceh tak ada air ni..nasib ada kuar notis beritahu awal, boleh lah simpan air dalam bekas2 yang ada...jenuh gak tu 3 hari tak ada ayor weiii..
ReplyDeletehaha sama ler kita kinah.. 3 hari rumah kak ana tak ada air, alhamdulillah air tangki masih bertahan 3 hari walau pun kak ana takung gak air :)
ReplyDeletetak ada air ni memang rasa susah sungguh terutama yg ada anak kecil, lagi stress kan
ReplyDelete