Tanda-Tanda Kereta Anda Perlu Overhaul

Tanda-Tanda Kereta Anda Perlu Overhaul | Ada banyak jenis kerosakan yang kerap berlaku pada kereta, tetapi yang banyak kali berlaku kepada ramai orang sering melibatkan masalah pada enjin. Ini kerana ramai tidak tahu cara untuk kenalpasti tanda-tanda di mana enjin kereta mereka itu perlu menjalani overhaul untuk berfungsi dengan baik dan selamat.

Tanda-Tanda Kereta Anda Perlu Overhaul
Tanda-Tanda Kereta Anda Perlu Overhaul


Tanda-Tanda Kereta Anda Perlu Overhaul

Overhaul enjin kereta

Secara umumnya, overhaul enjin ini adalah servis teliti yang dilakukan untuk keseluruhan enjin kereta anda. Antara proses overhaul adalah peleraian komponen-komponen enjin untuk mengenal pasti punca kerosakan yang ada. Semua bahagian enjin anda akan dibuka, dibaiki, dan dibersihkan dengan teliti bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan keadaan baik.

Walaupun ia agak rumit dan hanya perlu dilakukan oleh golongan profesional automobil, overhaul enjin amat mustahak bagi memastikan kereta anda berada dalam keadaan tip-top untuk dipandu di jalan raya.

Memang ada macam-macam petanda untuk anda kenalpasti sama ada enjin anda perlu menjalani overhaul atau tidak. Untuk kepastian, bawa sahaja kereta anda ke pusat servis untuk mendapatkan pemeriksaan oleh pakar servis di sana.

Sementara itu, anda boleh perhatikan dahulu tanda-tanda yang biasa berlaku apabila ada sebarang kerosakan serius pada kereta anda.


Asap putih

Asap putih yang luar biasa adalah petanda bahawa ada masalah yang berlaku pada bahagian enjin kereta anda. Antara sebab asap putih ini keluar adalah terdapat minyak enjin pada ruang pembakaran dalaman kereta anda. Perkara ini boleh berlaku jika gelang piston anda haus ataupun rosak.


Kereta kerap ditambah minyak hitam

Kereta anda perlu ditambah minyak hitam dengan kerap? Ada kemungkinan besar terdapat masalah pada komponen enjin anda. Minyak enjin yang kurang dapat memberi kerosakan pada bahagian enjin anda seperti piston, valve dan sebagainya. Jika kereta anda ada petanda ini, anda boleh rujuk dengan pakar servis kereta dan lihat jika overhaul enjin diperlukan.

Anda juga boleh periksa sendiri paras minyak enjin kereta anda. Gunakan sahaja dipstick untuk periksa paras sebenar minyak enjin anda secara berkala untuk lebih kepastian. 


Suhu kereta naik

Apabila suhu kereta naik dengan mendadak, ia selalunya adalah tanda bahawa terdapat kebocoran pada bahagian enjin kereta anda. Gasket kepala silinder yang rosak dapat menyebabkan air radiator semakin berkurang sehingga memasuki ruang pembakaran pada enjin. 

Jika semua komponen enjin anda berada dalam keadaan yang baik, serta air coolant pada kadar yang mencukupi, dapatkan diagnosis penuh untuk enjin anda dengan segera jika kereta anda masih overheat dan cepat panas. 


Kesimpulan

Jika anda dapati ada kerosakan seperti yang dikongsikan pada kereta anda, sudah tiba masanya anda bawa kereta ke pusat servis untuk diperiksa oleh pakar dengan lebih teliti.

Dengan pelan takaful kereta yang baik, anda akan mendapat perlindungan yang berkualiti di mana sahaja anda berada. Lihat sahaja rangkaian produk yang ditawarkan oleh Takaful IKHLAS agar anda dapat memandu tanpa risau lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari sahaja laman web Takaful Ikhlas

Post a Comment

0 Comments