Perkenalkan Asas Memasak Kepada Anak Dengan Permainan Culinary School | Main masak-masak masa kecil dulu adalah momen paling indah. Mana taknya, masa tu duduk kampung, segala benda yang ada di sekeliling kita, tanah, bunga, daun, biji getah dan pelbagai lagi habis kita guna buat main kemudian kita jadikan rencah pula dalam "masakan" kita tu. Masa tu, memang habis la botak segala bunga yang baru nak naik, nak tak nak kena la dengar bebel mak kita tu sebab bunga dia dah botak. Nak marah, anak. Hehe dah jadi kenangan semua tu.
Anak-anak sekarang pula terutama yang duduk dalam kawasan bandar, tak merasa dah main macam tu. Kalau main pun, mungkin tak semeriah macam kita dulu-dulu. Iyelah zaman pun dah berubah, semuanya sekarang bertemankan gajet je. Mana-mana semuanya gajet disisi.
Tak dinafikan semua tu. Kinah pun start pegang gajet ni masa tingkatan enam. Masa tu, baru nak kenal apa itu telefon. Sebab sebelum ni, kongsi telefon dengan keluarga. Dah habis jadi remaja dah nak masuk remaja purba baru pegang telefon sendiri. Tak seperti anak-anak sekarang, baru sekolah rendah dah ada telefon sendiri.
Nak Anak Belajar Asas Memasak, Tapi Kekangan Masa
Tapi dalam masa yang sama nak juga mereka belajar memasak walaupun cuma asasnya saja. Sebenarnya banyak je aplikasi game masak-masak tapi semua tu kena download terlebih dahulu. Kalau boleh nak la jimat space telefon yang ada nih. Jadi, penyelesaiannya, kinah bagi kakak main game masak-masak Culinary School di online saja.
Pada mulanya, saja je tunjuk kat dia..
"Kakak nak main game ni?"
"Game apa ni, bu?"
"Ni game masak-masak"
Punya la excited dia bila tahu ada game masak-masak. Rambang mata kakak pilih game yang dia nak sangat main. Perasan jugak dia 9minat main masak-masak tapi nak download game yang dia suka tak boleh sebab kekurangan ruang pada handphone dia. Nampak kecewa jugak la dia kat situ.
Lepas tunjuk Culinary School game pada dia, terus senyum dan macam biasa kinah tetapkan syarat waktu yang dia boleh main iaitu hanya pada hari Sabtu dan Ahad saja, itu pun terhad kepada 4 jam saja. Bila kakak setuju dengan perjanjian tersebut, mula lah dia memilih game yang dia minat.
Kinah lebih yakin kakak main game nio ko kerana kinah jumpa game food education game yang mana anak-anak akan mempelajari yang mana satu healthy food dan unhealthy food. Di bawah rangkaian food education ni terdapat 3 lagi game iaitu cooking and kitchen work, recyling dan juga farming. Jadi, sejajar dengan matlamat kita yang mana kita nak anak belajar asas memasak meskipun secara digital.
Permainan The Boiled Eggs
Jadi antara banyak-banyak game dalam rangakaian Culinary School game, kakak lebih berminat main dalam rangkaian food education game iaitu The Boiled Eggs. Bagus jugak game ni, yang mana player kena merebus telur dalam periuk yang berbeza pada masa yang sama, player juga perlu mengawal api mengikut keperluan yang diperlukan.
Permainan The Boiled Eggs ni sebenarnya mudah je pada mulanya tapi lama kelamaan kita akan menghadapi tempoh yang agak sukar apabila kita perlu mengawal suhu api 6 periuk sekaligus mengikut keperluan yang diperlukan. Pada masa ni baru tahu macam mana orang yang bekerja di dapur semasa sibuk. Kelam kabut ko nak handle semua, pecah peluh oii meskipun "rebus telur je" hehe.
Tapi sejujurnya bukan senang tau nak kawal api semua telur yang direbus tu mengikut arahan yang dia nak. Best sangat sebab dia menguji kecekapan kita dalam mengawal suhu api mengikut keperluan sampai kan ada yang overcooked. Bukan kata anak, ibunya pun join sekali main.
Permainan Grocery Cashier
Ada satu lagi game yang menarik minat kinah dan juga kakak iaitu Grocery Cashier. Rasanya tak pernah lagi jumpa game simulasi seperti Grocery Cashier ni tau.
Nampak macam mudah je, tapi korang kena pantas ek masukkan amount barangan yang dibeli oleh pelanggan sebabnya dia ada tempoh masa. Pada permulaan, kita hanya masukkan amount dua atau tiga barang saja, tapi lama kelamaan, akan jadi banyak. Kat situ la nanti korang kena kira cepat-cepat. Jika pelanggan bagi gift voucher, senang je tapi jika pelanggan bagi cash money, kita kena pulangkan baki yang betul.
Jika kita gagal, game over la jawabnya. Ralit pulak main game ni, umpama kita yang jadi cashier. Nampak simple tapi jika tak cekap handle, hmm kena restart balik la game tu. Korang nak dapatkan kepuasan main game ni, seeloknya guna PC atau laptop. Kinah ni main ikut dan je, sampai rajin dia guna laptop.
Antara markah yang tertinggi kinah pernah dapat, tujuan asal nak bagi anak main, sekali ibu dia yang terlebih main. Bukannya apa, "nak memahami konsep game ni sebenarnya", hahaha alasan je semua tu ðŸ¤
Pergilah cuba game Grocery Cashier ni, anak-anak mesti suka.
Permainan Burger Time
Ok game ni memang kena dengan jiwa kinah, siapa selalu main game burger story lepas ni korang boleh cuba pulak main Burger Time ni. Konsep dia lebih kurang je, cuma kali ni korang boleh terus main tanpa download dan semestinya ianya percuma je. Jimat la space handphone korang tu.
Kita seperti biasa sebagai pemain diminta untuk menyediakan sebiji burger mengikut pesanan oleh pelanggan kita. Setiap pesanan tersebut perlu mengikut susun atur yang diminta oleh pelanggan, jika mereka berpuas hati kita akan diberi tip. Kalau kita gagal menyiapkan pesanan diberikan atau kita salah buat pesanan dalam tempoh masa ditetapkan, pelanggan tersebut akan beredar. Sama je konsep dia kan.
Oh ya dalam ni juga terdapat versi permainan Crazy Cooking Chef di mana ianya kali ni dihidangkan di tepi pantai. Menarik kan. At least, anak-anak ada juga aktiviti yang berfaedah masa cuti sekolah nanti.
Selamat bermain ☺️
2 Comments
Kalau game yang menguji minda macam nie sesekali bagi anak main apa salahnya kan Kinah..
ReplyDeletebukan kata anak suka, mak-mak lagi suka kot game macam ni.. kalau kak liez memang boleh gian main game masak-masak ni
ReplyDelete