Untuk memaksimumkan lagi keseronokan percutian anda bersama keluarga atau rakan-rakan, anda wajib merasai pengalaman menginap di hotel & resort terbaik yang ada di negeri ini.
Mari teruskan membaca!
5 Pilihan Hotel Dan Resort Terbaik Di Kedah
1. Berjaya Langkawi Resort
Berjaya Langkawi Resort |
Lokasi Berjaya Langkawi Resort yang terletak di Pulau Langkawi, Kedah ini cukup strategik lantas menjadikannya resort pilihan dan kegemaran ramai pelancong dari serata dunia. Tambahan lagi, apabila anda buka sahaja tingkap bilik resort, anda boleh melihat pemandangan laut yang sangat memukau.
Kemudahan di Berjaya Langkawi Resort ini sangat mesra keluarga. Ia dilengkapi dengan Kids’ Club yang membolehkan kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti di situ. Selain itu, di resort ini, anda juga boleh melakukan aktiviti rekreasi yang disediakan seperti bermain bot pisang, bola tampar pantai, berkayak, berbasikal, menyelam, sukan air dan sebagainya.
Anda juga boleh mengunjungi Langkawi Sky Bridge, Oriental Village Langkawi, Underwater World Langkawi dan Pantai Cenang dengan mudah kerana lokasinya yang terletak sangat berdekatan dengan Berjaya Langkawi Resort ini.
Kemudahan di Berjaya Langkawi Resort ini sangat mesra keluarga. Ia dilengkapi dengan Kids’ Club yang membolehkan kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti di situ. Selain itu, di resort ini, anda juga boleh melakukan aktiviti rekreasi yang disediakan seperti bermain bot pisang, bola tampar pantai, berkayak, berbasikal, menyelam, sukan air dan sebagainya.
Anda juga boleh mengunjungi Langkawi Sky Bridge, Oriental Village Langkawi, Underwater World Langkawi dan Pantai Cenang dengan mudah kerana lokasinya yang terletak sangat berdekatan dengan Berjaya Langkawi Resort ini.
2. Four Seasons Resort Langkawi
Four Seasons Resort |
Four Seasons Resort Langkawi adalah merupakan tempat penginapan yang menawarkan kemudahan pantai peribadi khas khusus untuk tetamunya. Hotel mewah ini berkonsepkan reka bentuk tradisional dan berasaskan kayu bagi menyerlahkan lagi ‘kemelayuannya’. Ia turut dilengkapi dengan kemudahan moden berteknologi tinggi.
Menariknya, resort ini terletak di dalam Geopark Dunia UNESCO dan memerlukan bot untuk sampai ke sana. Jangan risau, bot disediakan. Resort mewah ini dikelilingi dengan hutan, tebing batu kapur dan perairan yang menjanjikan ketenangan alam semulajadi buat pengunjungnya.
3. Temple Tree Resort
Sekiranya anda merindukan suasana kampung, Temple Tree Resort adalah pilihan penginapan yang anda boleh cuba. Ia terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Langkawi dan beberapa tempat menarik seperti Pantai Cenang, Pulau Langkawi dan sebagainya.Setiap unit rumah di resort ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti sarung, payung dan sebagainya untuk keselesaan tambahan para tetamunya. Siap ada peti sejuk lagi tau di setiap unit rumah!
Bangunannya terdiri daripada rumah warisan yang sudah berusia lebih daripada 70 tahun. Rumah-rumah tersebut dibaik pulih dan kemudian dihiasi dengan indah. Setiap unit rumah mempunyai warisan dan sejarahnya tersendiri. Memang eksklusif sangat kalau dapat menginap dekat sini.
4. Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar
Raia Hotel Alor Setar sangat sesuai untuk dijadikan tempat penginapan untuk percutian bersama keluarga ataupun, urusan rasmi seperti trip perniagaan.
Setiap unit bilik direka dengan berkonsepkan moden kontemporari menjadikannya kelihatan mewah dan minimalis. Selain itu, setiap bilik juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti hotel-hotel mewah lain. Lokasi hotel ini juga terletak tidak jauh dari lapangan terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.
Anda tidak perlu risau sekiranya anda membawa warga emas atau individu yang mempunyai kekurangan upaya fizikal. Hal ini kerana, hotel ini bukan sahaja mesra keluarga tetapi juga mesra OKU. Terdapat kemudahan kerusi roda dan lain-lain yang disediakan oleh pihak hotel.
5. Landcons Hotel
Landcons Hotel juga adalah salah satu hotel popular yang terdapat di negeri ini. Lokasinya yang terletak di Pantai Cenang menjadikannya hotel pilihan pengunjung yang mahukan pemandangan pantai & laut.
Selain itu, buat kaki shopping, memang sesuai sangat menginap di hotel ini kerana terdapat pusat beli-belah, The Zon Shopping Paradise yang terletak berdekatan. Anda boleh borong coklat murah dekat pusat beli belah ni kalau malas nak cari kat tempat lain. Harganya pun murah.
Sekiranya anda teringin merasai pengalaman menginap di hotel dan resort terbaik yang ada di Kedah, anda boleh buat tempahan melalui aplikasi atau laman web Traveloka. Buat tempahan awal untuk pelbagai tawaran hebat!
3 Comments
4 darinya hotel di Langkawi.
ReplyDeletesuka duk hotel hat ado2 macam ni...feeling datin jap..hehe...
ReplyDeleteNampak mewah je semua... nanti g kedah boleh try tgk harga sini pulak.
ReplyDelete