Namun begitu, kebanyakan kanak-kanak berjaya mengatasi masalah tersebut secara semulajadi apabila berusia 10 tahun. Malahan ada juga yang mengalami ekzema sepanjang hidupnya. Tapi korang janganlah risau sebabnya ekzema ni tidak berjangkit, jadi ia tidak akan tersebar pada orang lain.
Apa itu Ekzema
Sebelum kita bercerita lebih jauh mengenai ekzema, apa itu ekzema? Ekzema adalah keadaan di mana berlaku keradangan pada permukaan kulit yang disertai dengan bengkak, gatal, ruam merah yang mana adakalanya kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Buat pengetahuan semua, ekzema mempunyai pelbagai jenis dan jenis yang biasa terjadi ialah dermatitis atopik. "Atopik" ini merujuk kepada kecenderungan seseorang untuk mendapat alahan seperti asma dan bersama-sama kegatalan dan kemerahan kulit.
Ekzema ni biasanya berlaku pada bahagian muka, siku, tangan ataupun dibahagian lutut.
Pengalaman terkena ekzema semasa mengandung anak yang kedua antara pengalaman yang tak dapat dilupakan. Apa yang kinah perasan, kulit pada tangan ni akan jadi lebih sensitif apabila cuaca agak panas. Pada masa tu, gatal dia tak boleh nak bawak bincang. Nak sapu krim, tak boleh nak sapu sebarang krim sebab tengah mengandung. Mujurlah selepas bersalin, ekzema tu dah kering dan tak muncul lagi dah.
Punca Ekzema
Sebenarnya punca yang menyebabkan ekzema masih tidak boleh dijelaskan. Namun begitu, keadaan kesihatan yang berbeza mempunyai penyebab yang berbeza. Berikut kemungkinan menjadi punca kepada berlakunya ekzema
- Keturunan
- Boleh terjadi pada kulit kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaaan yang kasar
- Infeksi virus
- Bahan kimia seperti sabun, pembersih dan minyak wangi
- Lain-lain jangkitan
- Alahan kepada makanan
Kenal pasti 7 jenis Ekzema yang Perlu Diketahui
Selain ekzema atopik, terdapat 7 jenis ekzema yang mana masing-masing mempunyai simptom yang tersendiri iaitu :
1. Atopik Dermatitis
Kondisi ini biasanya bermula di awal usia kanak-kanak dan kebiasaannya akan bertukar menjadi tahap lebih ringan atau hilang sepenuhnya apabila dewasa.
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, ‘atopik’ membawa maksud alergi, sebab itulah ekzema atopik adalah sebahagian daripada apa yang doktor sebut sebagai atopic triad.
Triad bermaksud 3, dan 2 lagi kondisi lain di dalam rangkaian ini merujuk kepada asma dan resdung.
2. Dermatitis Kontak
Kulit kemerahan dan terengsa akibat tersentuh bahan tertentu, anda mungkin mengalami dermatitis kontak atau ekzema kontak.
Terdapat 2 jenis ekzema kontak iaitu alahan dan perengsa yang mana Allergic contact dermatitis adalah tindak balas sistem imun tubuh terhadap perengsa seperti lateks ataupun logam, sedangkan irritant contact dermatitis berlaku apabila bahan kimia atau faktor lain merengsakan kulit anda.
3. Ekzema Dishidrotik
Ekzema dishidrotik juga dipanggil Pompholyx, menyebabkan lepuh kecil terbentuk di tangan ataupun di kaki. Ianya seringkali terjadi kepada golongan wanita berbanding lelaki. Biasanya berlaku disebabkan alahan, stress, tangan dan kaki yang lembap, serta terdedah dengan bahan-bahan tertentu seperti nikel, cobalt, ataupun chromium salt
4. Dermatitis Seborrheic
Dermatitis seborrheic biasanya kemerahan, tompokan bersisik pada kulit dan kelemumur.
Dermatitis seborrheic seringakali menyerang kulit kepala tapi ia juga boleh menyerang dikawasan badan yang berminyak seperti muka, belakang badan serta dibahagian dada.
Sehingga kini, punca sebenar dermatitis seborrheic masih tidak dapat diketahui tapi ianya mungkin terjadi disebabkan 2 faktor iaitu minyak berlebihan di kulit yang bertindak sebagai perengsa ataupun sejenis kulat yang ditemui secara semula jadi dalam minyak kulit.
5. Ekzema Neurodermatitis
Neurodermatitis ni seakan seperti dermatitis atopik dan ianya menyebabkan tompokan tebal dan bersisik di permukaan kulit. Biasanya neurodermatitis ni terjadi pada orang yang sudah pun mempunyai ekzema atau psoriasis yang lain.
Tompokan ini boleh jadi tersangat gatal apabila kita tidur atau pun sedang berehat. Jika digaru ianya boleh berdarah dan dijangkiti di tempat lain. Doktor juga tidak dapat pastikan penyebabnya dengan tepat, walaupun faktor tekanan boleh menjadi pencetus
6. Ekzema Nummular
Ekzema ini akan menyebabkan tompokan bentuk bulat seakan syiling pada kulit kita. Jika nak dibandingkan dengan ekzema jenis lain, berbeza sangat keadaannya sebab ianya berbentuk bulat.
7. Dermatitis Stasis
Berlaku kepada mereka yang mengalami masalah aliran darah di bahagian bawah kaki. Ini akan menyebabkan kulit kita bengkak, kemerahan, kegatalan serta kesakitan.
Biasanya simptom yang dialami oleh mereka yang mengalami dermatitis stasis akan terasa kaki sakit dan atau terasa berat, bahagian bawah kaki membengkak, kulit di atas varikos mula mengering dan gatal.
Ekzema ni tiada penawar tau, tetapi kita boleh mengurangkan gejala yang menjadi punca tercetusnya ekzema dengan rawatan alternatif. Antara rawatan alternatif bagi ekzema ialah dengan penggunaan krim seperti krim pelembap, produk semula jadi atau menukar gaya hidup sekarang.
Dapatkan Rawatan Ekzema di Klinik Aesthetic di Klinik Dr Bazilah
Dah puas mencuba dengan rawatan alternatif, tetapi keadaan tetap sama, jangan fikir panjang lagi korang perlu dapatkan rawatan segera di klinik aesthetik atau senang ceritanya klinik kulit untuk merawat masalah ekzema yang dihadapi tapi kat mana pula nak cari klinik aesthetic ni?
Okeh, bagi mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang, kinah dengar terdapat klinik aesthetic di Kuala Lumpur namanya Klinik Dr Bazilah.
Kinah rasa mostly ada yang dah tahu mengenai Klinik Dr Bazilah ni kan bagi mereka yang tinggal berhampiran. Tapi, bagi yang tidak tahu mengenai klinik ini, Klinik Dr Bazilah merupakan sebuah klinik kulit terbaik di Lembah Klang dan bertauliah yang semakin dikenali. Klinik Dr. Bazilah merupakan klinik kulit yang menyediakan rawatan bagi penyakit kulit seperti acne, acne scar, ekzema, psoriasis dan pelbagai lagi.
Terdapat 3 cawangan Klinik Dr Bazilah iaitu di Kuala Lumpur, Bangi dan di Shah Alam. Klinik ini juga berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Setiap rawatan yang diberikan telah terbukti secara klinikal, selamat dan berkesan bagi masalah yang berkaitan dermatologi terutamanya masalah ekzema.
Jika terdapat tanda-tanda jangkitan sehingga menyebabkan demam, kulit kemerahan, panas, bernanah dan melepuh atau ekzema anda tiba-tiba berubah menjadi lebih teruk segeralah dapatkan rawatan dengan buat temujanji di Klinik Dr Bazilah yang berhampiran.
Untuk sebarang sebarang pertanyaan mengenai promosi atau rawatan, boleh DM/Call/Whatsapp Klinik Dr Bazilah :
Whatsapp : +6019-6571563
Facebook : klinikdrbazilah
Instagram : @klinikdrbazilah
Klinik Dr Bazilah, Bangi
C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.
Phone : 03-8922 9681 / 0111 590 5931
Website : Klinik Dr Bazilah Cawangan Bangi
Klinik Dr Bazilah, Kuala Lumpur
(Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat), Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.
Phone : 013 8177005
Website : Klinik Dr Bazilah Cawangan Kuala Lumpur
Dr Bazilah, Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, Shah Alam, 40100, Selangor.
Phone : 03-5035 7359
Website : Klinik Dr Bazilah Cawangan Shah Alam
Email : klinikdrbazilah@gmail.com
Waktu Operasi Klinik : 10.00 am – 6.00pm
1 Comments
macam-macam jenis ekzema ni..nasib baik ada rawatan pakar macam klinik Dr Bazilan ni...
ReplyDelete