Tip Berbelanja dan Menyimpan Dengan Lebih Bijak

Dapat je gaji apa perkara pertama yang korang buat dulu? Bagi yang dah berkeluarga semestinya settle kan terlebih dahulu bil-bil semasa serta hutang yang sedia ada, bayar yuran tuisyen, yuran  we karate, kemudian beli barang dapur kering dan basah, kemudian berapa pula baki gaji yang tinggal?

Ditambah pula dengan harga barang semakin meningkat. Eh cukup ke baki gaji yang hanya RM1500 tu sementara nak dapat gaji yang akan datang. Adeiii garu kepala bila fikirkan hal perbelanjaan ni. Bagi yang masih bujang, mungkin tak terasa sangat, itupun kekadang yang bujang pun "sesak" jugak.

Tapi jika kita bijak berbelanja dalam masa yang sama kita boleh buat simpanan untuk hari yang mendatang atau pun untuk masa kecemasan memang salute la pada you all.

Tip Berbelanja dan Menyimpan Dengan Lebih Bijak

Tak dinafikan, memang agak sukar untuk buat simpanan sebabnya banyak komitmen yang perlu di selesaikan ketika ini. Tetapi jika kita rancang perbelanjaan dengan betul dan teliti serta mempunyai simpanan, silap haribulan kita boleh pergi enjoy seperti orang lain. 

Silap rancang, masak la ko nanti sementara nak tunggu hari gaji. Dah kena meminjam pula. 

Tapi bagaimana hendak menyimpan dengan gaji yang hanya RM1500 saja?


Cara Berbelanja dan Menyimpan Wang Dengan Bijak

1. Buat Perancangan Perbelanjaan

Haa ini antara perkara utama yang perlu korang kena buat sebelum buat simpanan. Penting tau perancangan ni, sebabnya ianya merupakan garis panduan dalam perbelanjaan supaya korang tak terlebih berbelanja. Pada masa ni juga, korang boleh tentukan nak beli barang apa, berapa banyak nak simpan dan sebagainya.

Sebagai contoh, korang simpan la terlebih dahulu RM50 sebulan dari pendapatan korang dapat tu, kemudian baki tu korang bolehlah buat pembahagian untuk bil utiliti, sewa rumah, barang dapur ke dan pada masa yang sama korang teliti mana yang menjadi keperluan dan kehendak terlebih dahulu. 

Mana yang rasa perlu, bolehlah masuk dalam bajet korang tu, dan mana yang bukan menjadi keperluan, kita tangguh dulu. Kalau boleh besederhana dalam perbelanjaan. Walaupun hakikatnya sekarang kos sara hidup semakin meningkat.

2. Tetapkan Target Realistik

Biasanya orang yang buat simpanan ni selalunya dia ada target ataupun perancanganya sendiri. Mungkin korang ada plan nak pergi bercuti. Hmm kalau begini, kena buat satu tabung khas untuk bercuti. Dah penat bekerja, mestilah nak pergi bercuti kan?!!

Nak pergi bercuti, meskipun cuma dalam negara memerlukan wang yang banyak untuk kegunaan seperti duit minyak, penginapan, makan, stok jajan untuk, atau nak beli cenderahati serta jangan lupa ye simpan duit untuk waktu kecemasan juga. Malang tak berbau.

Jadi, sebelum nak pergi bercuti tu, korang tetapkan dulu berapa yang perlu disimpan pada setiap bulan, serta tetapkan had tempoh masa yang nak simpan tu. Bukannya apa, ramai yang buat plan bagai tapi tak ikut pun bajet yang dah dibuat. Ingat ye, disiplin tu penting!!!

3. Buat Pendapatan Sampingan

"Nak hidup senang", "nak enjoy", tapi gaji ciput je. Siapa kata gaji ciput tak boleh nak enjoy?!! Ehh boleh je, cuma korang kena kental la sikit. 

Tambah pula, kos sara hidup sekarang semakin tinggi. Nak harap gaji yang sedia ada, memang takkan cukup, tambah bagi yang duduk di tengah kota raya. Ada masa sampai ikat perut sebab banyak komitmen yang perlu diselesaikan. Nak tak nak, kena juga cari kerja sampingan untuk tambah pendapatan sedia ada.

Lagipun, sekarang ni kan dah banyak kerja part time yang boleh kita buat seperti rider food delivery, part time kedai makan, bisnes online dan pelbagai lagi. Rajin atau tidak je. Cuma pastikan kerja yang hakiki pun tidak diabaikan.

4. Simpan Di Tempat Yang Susah Nak Keluarkan

Bagi yang agak boros, rasanya taktik ni dapat membantu. Duit simpanan tu kalau simpan dalam bank, senang sangat korang nak keluarkan sebab ada kad bank. 

Apa kata, korang simpan di tempat yang susah untuk korang keluarkan duit seperti Tabung Haji, ASB pun boleh jugak. Atau pun kalau korang tekad nak simpan sendiri korang beli satu tabung yang memang korang takkan boleh bukak sesuka hati. Hanya boleh masukkan duit saja. Rasanya kedai RM2 pun ada jual tabung tu. Kalau tak silap la.

Korang tetapkan target bila korang nak keluarkan mungkin dalam setahun dua. Kemudian bila dah capai target korang, tukarkan pula dalam bentuk emas.  Kiranya buat aset beku la.


Baca Juga

5. Berpada Menggunakan Kad Kredit & Tidak Buat Pinjaman Jika Tiada Keperluan

Bagi yang mempunyai kad kredit tu, berpada-pada lah gunakannnya. Berbelanja janganlah ikut nafsu, sebaiknya ukurlah baju di badan sendiri. Jangan la sedap swab je, takut nanti bila dah over limit korang juga yang garu kepala nak membayarnya. 

Satu lagi, janganlah sesuka hati nak buat pinjaman kalau tiada keperluan. Bukannya apa, apabila makin bertambah komitmen nak bayar, korang jugak yang stress. Jadi, rancanglah perbelanjaan korang dengan sebaiknya dan hindari hutang yang akan memberi kesan pada korang di kemudian hari nanti.

Bagi yang masih blur lagi cara nak buat pengiraan simpanan, korang boleh menggunakan saving calculator.

Tip Berbelanja dan Menyimpan Dengan Lebih Bijak

Mudah saja gunakan calculator ni, hanya masukkan amaun yang korang nak simpan dan ianya sangat mudah bagi mereka yang baru nak mula menyimpan.

Harapnya segala perkongsian semua ni dapat membantu korang mencapai target dan impian yang dah lama diidamkan. 





Post a Comment

1 Comments

  1. terima kasih atas tips berbelanja n menyimpan wang ini....

    ReplyDelete