4 Tip Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

4 Tip Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic | Assalamualaikum semua, cerita kita kali ni berkisarkan tentang tidur. Masa zaman belajar dulu, boleh dikatakan kinah selalu berjaga malam sebab siapkan assignment dan buat review pelajaran, kekadang tu melepak dengan kawan-kawan sekuliah di cafe. Selepas tamat belajar dan mula bekerja, kinah dah jarang tidur lewat, itupun hujung minggu saja. 

Bila dah penat bekerja, malam tu pantang je letak kepala kat bantal, tak lama lepas tu confirm tidur sampai la ke subuh. Itu dulu la, masa kinah bekerja. 

Tapi sejak dah beranak 2 ni, waktu tidur dah jadi swing, dia dah mula berjaga malam sama seperti zaman belajar dulu. Walaupun anak-anak dah tidur, mata ni pula susah nak tidur.

Apa aktiviti kinah bila tak boleh tidur? Macam biasa la, siapkan kerja rumah, masa ni la nak kemas mainan anak, kemas dapur, lepas siap semua kerja rumah, siapkan kerja menulis pula. Kalau takde nak buat apa, kinah gunakan masa dengan mewarna pula (hobi baru). Apabila ditolak tambah, purata kinah tidur hanya 3 ke 4 jam je sehari.

4 Tip Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

Sebenarnya, masalah kurang tidur ni bukan masalah biasa ye. Kita ni sebenarnya digalakkan untuk tidur sekurang-kurangnya 5 hingga 7 jam sehari. 

Ada satu kajian menunjukkan 9 dari 10 orang rakyat Malaysia mempunyai masalah sukar tidur dan sekaligus menyebabkan tempoh tidur mereka berkurangan. Kajian lain juga ada membuktikan bahawa individu yang tidurnya kurang daripada 5 jam mengalami penambahan berat badan lebih banyak daripada individu yang cukup tidur selama 7 jam.

Hmm agaknya sebab tu lah diri ni tak pernah kurus. Sebab tak cukup tidur punya hal la ni.

Persoalannya, bagaimana ini semua boleh terjadi sedangkan kita menyangka bahawa tidur berlebihan akan menyebabkan kegemukan. Sebenarnya telah ada kajian membuktikan bahawa kurang tidur juga turut menjadi punca kegemukan.


Bagaimana Tidur Mempengaruhi Berat Badan

Siapa yang tak suka tidur? Semua orang suka tidur disebabkan ianya dapat merehatkan badan serta mengembalikan fungsi badan setelah seharian berpenat lelah melakukan aktiviti seharian. Selepas kinah google segala maklumat berkaitan, ini antara punca yang menjadi berat badan naik disebabkan kurang tidur. Antaranya ialah :

1) Berlaku Gangguan Hormon

Apabila kita berjaga pada waktu malam, hormon 'ghrelin' yang mengawal rasa lapar akan lebih meningkat manakala hormon leptin yang mengawal rasa kenyang akan berkurangan. Apabila otak menerima signal lapar, sudah tentu badan akan bertindak balas dengan mencari makanan untuk dimakan. Ini juga akan mengakibatkan kecenderungan seseorang itu untuk mengambil makanan ringan.

Maka secara tak langsung, berlaku penambahan kalori dan lama kelamaan akan menyebabkan penambahan berat badan.

2) Mempunyai Lebih Masa Untuk Makan

Hmmm macam betul pula statement ni. Sebabnya, bila kita berjaga sepanjang malam, confirm perut akan lapar. Jadi, keinginan nak mengunyah makanan tu ada terutama yang tinggi kandungan gula seperti kek, aiskrim, tak pun ke kedai fast food. Kan kedainya buka 24 jam! Haa… pergi pulak drive thru beli burger. 

Inilah yang menjadi salah satu punca kenaikan berat badan. Jika berterusan macam ni, nampak gayanya obesiti la pula.


3) Badan Akan Menjadi Letih / Kurang Aktif

Masa zaman belajar dulu, selalu juga berjaga malam disebabkan nak siapkan assignment dan ulangkaji. Kemudian tidur dalam 3 jam saja sebab esoknya nak ke kuliah pula.

Esoknya, apabila bangun tidur, badan ni rasa sangat letih macam baru lepas buat aktiviti kecergasan. Balik kuliah, menempek dalam bilik sampai ke malam. Nak pergi beriadah pun dah malas.



4 Tip Untuk Dapatkan Tidur Yang Berkualiti

Disebabkan masalah tidur kini menjadi masalah sejagat, kinah kongsikan 4 tip mudah yang boleh diamalkan untuk dapatkan tidur yang lebih berkualiti.

1) Atur Jadual Tidur Yang Tetap Setiap Hari

Waktu tidur kita ni telah diprogramkan oleh sistem badan yang dipanggil jam biologi. Mempunyai jadual waktu tidur yang tetap setiap hari akan menguatkan dan membantu menyeimbangkan irama sirkadian badan. Jika kita buat perubahan waktu tidur dalam satu hari dalam tempoh tersebut, kita akan kembali sukar tidur lena pada hari berikutnya. 

Jadi, jika kita tetapkan nak tidur pada pukul 10.00 malam, begitulah hari berikutnya.

2) Bersenam Selama 20-30 Minit Sehari

Kita semua maklum bahawa aktiviti fizikal banyak manfaatnya secara fisiologi dan psikologi kepada manusia. Aktiviti fizikal seperti bersenam dapat meningkatkan kualiti hidup seseorang termasuklah kualiti tidurnya.

Kalau korang nak tahu, bersenam juga menjadi salah satu solusi yang dicadangkan oleh American Sleep Disorder Association dalam menangani masalah sukar tidur seperti insomnia.

Tetapi suka diingatkan bahawa melakukan senaman selama 2 ke 3 jam sebelum tidur boleh memberi kesan negatif kepada kualiti tidur. Ini disebabkan suhu badan kita yang meningkat akan menyebabkan badan kita akan berada dalam keadaan berjaga. Jadi, jika nak bersenam, sebaiknya pada waktu petang atau pun pagi.


3) Kurangkan Atau Elakkan Pengambilan Minuman Kafein

Jangan tak tahu, pengambilan minuman kafein ni turut menjejaskan kualiti tidur kita. Minuman berkafein seperti teh dan kopi ni selalunya diambil oleh individu untuk kekal berjaga dan kurangkan rasa mengantuk. Tetapi jika diambil semasa minum petang atau hampir pada waktu tidur, kafein ini akan mengganggu reseptor adenosine yang menggalakkan tidur. Jadi, bagi peminat teh dan kopi, sesuaikan waktu pengambilan supaya masa tidur kita tak terjejas.

4) Ambil Suplemen Eskayvie Mindtropic 

Okeh ada penambahan dalam tip untuk tidur yang berkualiti kali ni. Korang boleh mengambil suplemen Eskayvie Mindtropic 2 biji tablet sehari untuk membantu memperbaiki masalah tidur yang korang hadapi.


Bagaimana Eskayvie Mindtropic Membantu Perbaiki Kualiti Tidur

4 Tip Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic
Eskayvie Mindtropic - Jangan Stress - Stress

Formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia, Eskayvie Diffenz telah memperkenalkan satu lagi produk berkualiti keluaran Eskayvie iaitu Eskayvie Mindtropic. Ia diformulasi oleh Dr Syid Ayob yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. 

Mindtropic merupakan vitamin minda booster yang membantu menyokong kesihatan minda orang dewasa. Ia menggabungkan 5 bahan utama seperti Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa monnieri, Selenium serta Magnesium dalam bentuk tablet kunyahan berperisa tropika bagi membantu menguatkan memori, membantu memperbaiki mood tidur serta melegakan stress bagi orang dewasa terutamanya. Eskayvie Mindtropic juga dapat membantu menyokong kesihatan minda yang terjejas akibat Long Covid-19.


5 Bahan Utama Eskayvie Mindtropic

1. Phosphatidylserine

4 Tip Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

Super brain booster yang amat penting bagi mengekalkan kesihatan dan struktur sel otak bagi menyokong daya ingatan, konsentrasi dan penyelesaian masalah. Ianya menjadi komponen utama yang penting untuk membina sel otak dan menggalakkan sel otak berhubung. Namun begitu, faktor pemakanan, penuaan, dan stres berterusan menyebabkan bahan ini menjadi tidak mencukupi dan secara tidak langsung akan menjejaskan kesihatan minda.

Ujian klinikal turut mendapati Phosphatidylserine boleh REVERSE keadaan otak menjadi 14 tahun lebih muda dari usia sebenar.

2. Ashwagandha KSM-66

4 Tip Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

Bahan aktif berpaten dan berkualiti tinggi dari India ini bertindak sebagai adaptogen yang dapat mengurangkan simptom berkait stres, keresahan dan kemurungan. Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/ melegakan kesan stres. Ia boleh mengurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan deperession. Oh ya, ia turut memberi kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.

3. Bacopa Monnieri

4 Tip Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

Tumbuhan yang dikenali sebagai Brahmi ini dikaji dapat membantu dalam regenerasi sel otak. Herba kaya antioksidan ini menyokong fungsi kognitif, emosi dan memori. Turut digunakan dalam perubatan Ayurveda bagi menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingati. Bacopa Monnieri turut membantu menyokong minda yang terkesan disebabkan brain fog. 

Selain itu, ia turut menggalakan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood dan memberi rasa gembira serta menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.

4. Selenium

4 Tip Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

Bertindak sebagai 'neuroprotector' dalam mencegah kerosakan sel daripada stres  oksidatif dan keradangan. Ia juga dapat melindungi otak daripada kemerosotan kognitif akibat penuaan. Buat pengetahuan semua, selenium tinggi kesan antioksidan dan anti radang. Kedua-dua ini dapat membantu melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti alzheimer, nyanyuk dan sebagainya.


5. Magnesium

4 Tip Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

Komponen yang terlibat dalam lebih 600 tindak balas sel badan sekaligus menjadikan mineral ini penting untuk kesihatan otak yang membantu pembelajaran dan meningkatkan kualiti tidur. Ia merupakan master mineral yang penting untuk badan. Namun 75% daripada individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak.

Ia menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan. Apabila kita kekurangan magnesium, kita akan mengalami kesukaran tidur dan masalah mental lain seperti migrain atau halusinasi.


Manfaat Eskayvie Mindtropic

Ada banyak manfaat yang boleh diperolehi apabila mengamalkan Eskayvie Mindtropic ini. Antaranya ialah :

4 Tip Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

  • Membantu tidur lebih lena
  • Membantu meningkatkan fokus dan daya tumpuan
  • Membantu mengawal mood dan emosi
  • Lebih ceria dan gembira
  • Membantu memori yang kuat 
  • Membantu mengatasi gejala brain fog
  • Membantu dalam perkembangan sel otak


Kelebihan Eskayvie Mindtropic

4 Tip Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic
  • Eskayvie Mindtropic menggunakan 100% bahan semula jadi
  • Tidak mengandungi gula tambahan
  • Rasa buahan tropika yang enak
  • Tanpa perasa dan pewarna tiruan
  • Menerima pengiktirafan kilang oleh European Quality Award


Cara Pengambilan Eskayvie Mindtropic

Bagaimana cara pengambilan Mindtropic ni? Ha… Caranya mudah sahaja.
  • Mindtropic adalah tablet kunyah yang sedap dan boleh diambil tanpa air
  • Bagi orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas, disyorkan untuk mengambil 1 biji tablet, 2 kali sehari selepas makan
  • Bagi kanak-kanak 13 -17 tahun disyorkan mengambil 1 biji tablet sehari selepas sarapan pagi.


Feedback Pengguna Yang Berpuas Hati Dengan Eskayvie Mindtropic

4 Tip Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

Kinah sendiri dah mencuba amalkan Eskayvie Mindtropic ni dan kinah dapat rasakan perbezaan dia tau terutama berkaitan kualiti tidur. Kalau sebelum ni, kinah susah nak lelap mata pada waktu malam tapi selepas amalkannya, pantang saja baring memang tidur terus sampai ke pagi. Bangun pagi rasa lebih energy dan lebih segar berbanding sebelum ni.

4 Tip Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

Ada seorang pengguna mengalami masalah susah tidur pada waktu malam dan selepas mengambil Mindtropic beliau tidur lebih lena hingga ke subuh. Apabila bangun pagi pula, badan rasa lebih segar dan mood pun lebih baik.

4 Tip Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

Seorang pengguna, Puan Sue turut mempunyai masalah yang sama. Dengan   asbab makan Eskayvie Mindtropic, tidur beliau lebih lena. Walaupun tidur hanya  2 jam, terasa seperti tidur lama.

4 Tip Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

Puan Norshahida turut berkongsi feedback bahawa beliau puas tidur walaupun tidur hanya setengah jam. Seumpama seperti mendapat tidur yang lama setelah amalkan Mindtropic.



Kesimpulan

4 Tip Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

Sebagai kesimpulan, memandangkan kenaikan berat badan dipengaruhi dengan kualiti tidur kita, seeloknya kita kena buat satu perubahan yang mana sebaiknya kita kena ubah gaya hidup sebelum ni dengan mengatur jadual waktu tidur, pengambilan makanan yang berkhasiat serta jangan lupa amalkan Eskayvie Mindtropic 1 tablet 2 kali sehari bagi meningkatkan kualiti tidur dan kesejahteraan mental kita.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Eskayvie Mindtropic atau untuk lebih maklumat berkaitan promosi dari Eskayvie, boleh layari website dan sosial media di bawah

Instagram: Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

#EskayvieMindtropic #JanganStresStres





Post a Comment

1 Comments

  1. Bagus ada supplement mcm nie, dpt bantu mereka yg ada masalah tidur

    ReplyDelete