Biasanya tok nenek kita la yang pakai sabun ni. Teringat pula zaman masa kecik dulu pernah nampak sabun Thailand hijau ni. Sabun ni bukan sebarangan sabun tau. Sabun ni antara sabun kebanggaan orang Thailand dan semestinya sabun popinjay banyak memberi manfaat kepada kesihatan kulit kita. Semasa kinah terima parcel ni pun, haruman dia dah semerbak walhal masih lagi dalam plastik kurier lagi.
Kekal Lembap dan Haruman Berpanjangan Dengan Sabun Legend Parrot Naturals |
Jom baca mengenai sabun Parrot Naturals review dari kinah.
Kekal Lembap dan Haruman Berpanjangan Dengan Sabun Legend Parrot Naturals
Sabun popinjay atau Parrot Naturals telah mengeluarkan beberapa lagi variasi baharu dalam bentuk sabun buku serta krim mandian. Sekarang kan dah zaman moden, wajib ada krim mandian, senang sikit nak picit selain menjaga mutu kebersihan sabun tersebut. Namun begitu, masih ada juga lagi yang memakai sabun buku. Ikut keselesaan masing-masing. Ehh tak kisah la, janji bersih dan wangi kan!!
Mandian dari Parrot Naturals diformulasikan dengan rangkaian wangian botani Thai bersama adunan minyak herba tradisional Thai dan ianya dapat membantu memberikan kesegaran serta keharuman berpanjangan kepada si pemakai. Kinah sendiri pun dah jatuh cinta dengan kesemuanya.
Tak hairanlah jenama Parrot Naturals bertahan selama 70 tahun di pasaran serta mendapat pengiktirafan dan anugerah The Pride Of Thais Premium Product of Thailand Award in Beauty and Personal Care Category daripada Kementerian Perindustrian Thailand.
Sabun Mandian Parrot Naturals
Buat pengetahuan semua, terdapat beberapa variasi sabun buku Parrot Naturals yang boleh korang cuba tapi untuk kali ni kinah cuba 5 ketul dahulu dari koleksi klasik dan pastel iaitu
Parrot Botanicals Bar Soap |
White Tanaka, White Sakura, Sweet Pink Rose, Thai White Jasmine dan semestinya Thai Botanical & Herbs antara sabun mandian yang menjadi 'best seller' selama ni.
Sabun Mandian Thai Botanical & Herbs
Hmm siapa yang tak kenal dengan sabun legend ni, antara sabun yang menjadi pilihan suatu ketika dahulu. Tengoklah packaging dia, langsung tak berubah. Keharuman dia ada haruman herba beserta paduan wangian haruman botani Thai. Siapa yang pernah memakai sabun ni, korang mesti takkan lupa bau dia macam mana kan.
Mengandungi minyak bunga cengkih dan citronella yang dipercayai bagus untuk kesihatan kulit kita.
Sabun Mandian White Sakura
Bagi peminat bunga sakura, kinah rasa sabun Parrot Naturals White Sakura akan menjadi favourites korang kerana ianya menampilkan kesegaran wangian bunga sakura putih sambil diselitkan dengan formulasi dan menjadikan kulit si pemakai lebih cerah seakan warna natural pinkish gitu.
Sabun Mandian White Thanaka
Sebut saja Thanaka, semua tahu akan khasiat thanaka yang bagus untuk kulit kita. Korang kena dapatkan sabun mandian ni kerana ianya memberikan sensasi wangian white thanaka dan menjadikan kulit lebih cerah dengan haruman wangian yang berpanjangan.
Sabun Mandian Thai White Jasmine
Bagi kinah antara sabun yang unik. Sensasi haruman bunga jasmine Thailand bersama esktrak asam jawa menyerlahkan lagi harumannya. Hat yang ni kinah tak rasmi lagi, bau dia pun best.
Sabun Mandian Sweet Pink Rose
Paling kinah suka sweet pink rose ni. Bau dia tak usah cerita la. Sikit-sikit nak cium. Wangi nor haruman Romance Scent of Rose, sampul dia pink pulak tu. Aish pink addicted wajib ada sabun ni, ia membangkitkan sensasi wangian ros dan kelembapan dari aloe vera menjadikan kulit kita lebih segar sepanjang hari.
Parrot Botanical Shower Cream
Bagi mereka yang menggunakan shower cream, tak usah gusar kerana Parrot Naturals juga mengeluarkan sabun dalam bentuk krim mandian. Yeayyyy tepuk sikit. Dalam rangkaian Parrot Botanical Shower Cream ni, kinah hanya ada 3 varian sahaja iaitu Thai Botanical & Herbs, White Sakura dan White Thanaka. Fungsi dan khasiatnya sama saja dengan bar soap, cuma bezanya dalam bentuk krim mandian.
Rangkaian krim mandian Parrot Botanicals kini hadir dalam saiz 500 ml. So, tahan lama sikit.
Krim Mandian Sabun Parrot Naturals Thai Botanical & Herbs
Parrot's Signature |
Wangian khas yang mempersona menjadikan kulit lebih segar dan harum berpanjangan selama 8 jam
Krim Mandian Sabun Parrot Naturals White Thanaka
Memberikan kesegaran dengan khasiat white Thanaka yang bagus untuk kulit. Kulit lebih cerah dan haruman berpanjangan selama 8 jam.
Krim Mandian Sabun Parrot Naturals White Sakura
Menjadikan kulit lebih cerah kemerahan seperti pinkish dengan wangian yang berpanjangan
Review Mengenai Sabun Parrot Naturals
Best sangat sabun ni, langsung tak mengeringkan kulit. Lagi satu, kulit pun semakin lembap dan harum dalam tempoh masa yang lama.
Sabun Parrot Naturals ni banyak buih, walaupun pam sikit je, tapi buih dia kemain.
Semestinya baunya wangi sama je wangi seperti dulu.
In love dah dengan Parrot Naturals ni.
Korang mesti nak tahu, antara banyak-banyak ni yang mana satu paling best?
Sebenarnya kinah sendiri pun tak tahu yang mana satu nak suggest pada korang, sebabnya semuanya best. Bau dia pulak authentic dan semestinya wangi, rasanya tak payah dah nak sembur minyak wangi. Satu lagi, bilik air pun automatik jadi wangi selepas guna sabun legend ni.
Di Mana Nak Dapatkan Mandian Parrot Naturals ni?
Ada yang nak cuba ke sabun legend ni? Korang boleh beli di hypermarket, supermarket, dan pelbagai kedai runcit yang berdekatan. Jika tak jumpa lagi, korang boleh dapatkan bar soap Parrot Naturals dan shower cream No 1 Authentic Thai Botanicals Freshness di laman Shopee -->> Parrot Naturals senangkan, cari je kat sana heheh
Instagram : @ParrotNatural
Facebook : Parrot Natural Malaysia
#ParrotNatural #ParrotNaturalMalaysia #ShowerCream #Soap #Imported #Thailand #VITAMDEDIA
2 Comments
wahh sabun lejen ada dalam bentuk cecair.
ReplyDeletesuka sangat bau wangi sabun thailand ni especially yang hijau tu. Makin cantik packaging dia
ReplyDelete