Kinah pun tak terkecuali nak kulit cantik macam orang Korea tu. Tapi sejak kebelakangan ni kulit kinah agak kusam dan kering. Baru-baru ni pergi kenduri sepupu ramai yang tegur kulit kinah. Bila dapat tahu Syahirah ada produk baharu, terus rasa teruja nak mencuba.
Syahirah Korean White Glow Brightening Plus Essence |
Produk terbaru tesebut ialah Syahirah Korean Secret White Glow Brightening Plus Essence yang didatangkan dalam saiz botol 30ml.
Syahirah Korean Secret White Glow Brightening Plus Essence
Siapa yang tak kenal dengan jenama Syahirah ni, satu jenama produk kecantikan halal yang telah lama berada dalam pasaran. Begitu juga dengan rangkaian produk Syahirah Korean Secret yang kini hadir dengan berwajah baharu.
Bagi pengguna setia Syahirah Korean Secret, ada berita baik untuk korang yang mana dalam rangkaian ini terdapat satu lagi produk baharu iaitu Syahirah Korean Secret White Glow Brightening Plus Essence yang mana ianya dapat membantu mencerahkan kulit 3x kuasa pencerahan.
Best tak best?
Bahan Utama Yang Digunakan Dalam Syahirah Korean White Glow Brightening Plus Essence
Mengandungi ekstak "Cherry Blossom" yang dikatakan dapat membantu mencerahkan kulit kusam dan memperbaiki tona kulit yang tak sekata. Selain itu, terdapat lagi 2 bahan aktif utama dengan kepekatan tinggi iaitu Vitamin B3 dan juga Estrak Bunga Teratai Jeju yang dikatakan dapat membantu melindungi kulit serta mencerahkan kulit bagi mengurangkan pigmentasi.
Kalau korang nak tahu, White Glow Brightening Plus Essence ini juga bebas dari alkohol, Paraben dan Mineral Oil. Paling best ianya dapat membantu
100% Memperbaiki tekstur kulit
56% Memperbaiki "Skin Barrier"
42% Melegakan Kulit Kering
Kebaikan Syahirah Korean White Glow Brightening Plus Essence
Buat pengetahuan semua, White Glow Essece ini telah diuji secara dermatologi oleh pakar, So, tak perlu risau dan ianya selamat digunakan.
Antara Kebaikan White Glow Brightening Plus Essence ialah
- Membantu menjadikan kulit wajah lebih cerah secara semula jadi
- Membantu mencerahkan bintik hitam (dark sport)
- Membantu memperbaiki tona kulit yang tak sekata
- Membantu melembapkan kulit
- Membantu mengurangkan pigmentasi
Cara Penggunaan Syahirah Korean White Glow Brightening Plus Essence
Mudah saja nak guna essence ni, selepas muka dibersihkan dan pakai toner, step seterusnya baru lah titis 2 atau 3 titis White Glow Brightening Plus Essence kemudian sapu hingga rata seluruh wajah. Urut hingga rata kemudian dap dap saja memadai kerana teksturnya yang tidak berminyak dan mudah meresap ke dalam kulit.
Bagi kesan yang lebih baik, korang digalakkan untuk menggunakan pelembap wajah.
Best Ke Syahirah Korean White Glow Brightening Plus Essence?
Korang baca entry ni, semestinya nak tahu best ke essence Syahirah yang terbaharu ni kan....Jawapannya, mestilah best!!!!!! Korang kena cuba sebab kinah sendiri dah merasai betapa bestnya dan nampak keberkesanannya. Nak kata terus cerah tu, takde la. Tapi memang nampak la perubahannya, kulit sentiasa lembap. Tekstur kulit pun dah getting better. Kinah ni bila keluar rumah, cukup pakai essence Syahirah dan sunscreen je. Simple, tak sempat nak "beregek" lama bila ada anak kecik ni.
Bau dia pun tak kuat sangat pun, just nice orang putih kata. Ada sikit haruman sakura tapi tak kuat mana pun.
#SyahirahKoreanSecrets
#WhiteGlow
#HydraSoft
Satu lagi, korang kena pakai secara konsisten barulah nampak hasilnya. Kinah sendiri pun ambik masa guna. Apa-apa pun kesan, ianya bergantung kepada keadaan kulit individu tersebut, ada yang cepat ada yang lambat. Tak adanya hari ni pakai, esok pagi kulit terus elok.
Korang boleh tengok kulit kinah sebelum dan selepas guna essence ni. Kalau korang perasan gambar yang sebelum tu, nampak je cerah tapi tekstur kulit kinah agak kasar terutama pada bahagian dahi. Tengok pula selepas guna essence, nampak clear sikit kan. Kinah tak pakai apa krim pun ek, hanya essence dan calit sikit lipstick takde la nampak pucat.
Korang yang nak dapatkan info lebih lanjut dan promosi dari Syahirah boleh layari Facebook dan Instagram
#WhiteGlow
#HydraSoft
2 Comments
wah bagus untuk dark spot juga ye. tak pernah try jenama ni lagi
ReplyDeletemakin berseri muka kinah..:)
ReplyDelete