Aircond Kereta Tak Sejuk, Boleh Hantar Servis Di ACS Car Services | Sudah menjadi kelaziman cuaca di Malaysia ni agak panas dan ada kalanya hujan. Disebabkan itu penyaman udara atau aircond di dalam kereta kita perlu berfungsi dengan baik semasa kita sedang memandu. Namun begitu, tatkala sedang memandu, tiba-tiba aircond kereta pula tak sejuk semasa tengahari yang terik atau tiba-tiba saja hujan membuatkan pemanduan kita jadi tidak selesa terutama bagi perjalanan agak jauh.
Stress rasanya bila aircond kereta problem, belum lagi dengan anak meragam kerana tidak selesa. Nak buka tingkap, asap ekzos kenderaan lain pula di sekeliling. Ehhhh sampai bila nak biarkan dengan keadaan seperti ni?
Siapa pernah alami aircond kereta tak sejuk tu, pasti tahu bagaimana rasanya apabila dua situasi ni berlaku dan apa yang menjadi penyebab aircond kereta korang tak sejuk? Adakah sebab jarang servis aircond kereta ataupun ada masalah lain.
Masalah Compressor Kereta Axia Tidak Berfungsi
Apabila cerita pasal aircond kereta teringat lagi kes ni pada tahun lepas di mana compressor kereta axia tak berfungsi. Kami mula kesan masalah ni apabila compressor tak berfungsi seperti biasa meskipun dah on button aircond. Selalunya apabila tekan button, dah mula sejuk tapi pada hari tu tak sejuk langsung. Ahhh sudah, dia mula buat hal. Tapi, ada masa tertentu tau dia buat hal, kejap ok kejap tak ok.
Kami pun pergi la ke bengkel yang dekat dengan rumah ni, tauke tu kata kena tukar compressor. Haiya, banyak senang dia cakap. Banyak modal tu. Suami ajak pergi survey bengkel lain pula.
Menggagau la kami cari pusat servis aircond lain dan dapat tahu ada seorang brother ni, kenalan atas kenalan la, dia bagitau tak dapat nak detect masalah aircond sebab masa dia periksa tu, aircond sejuk dan berfungsi semula.
|
Inilah rupa compressor |
Suami masih tak puas hati sebab aircond kereta tu kejap ok kejap tak. Suami kinah pergi kedai servis aircond dekat kawasan Rawang dan tanya pendapat bengkel tu pula. Setelah diperiksa semua, rupanya masalah clutch magnet pada compressor. Itupun, tanda-tanda compressor minta baru pun ada. Jadi, untuk sementara, kami cuma tukar clutch magnet sahaja. RM450 jugak hangus. Jammed!!!
Iyelah, selama ni kami tak pernah tukar minyak compressor dan memang tak tahu pun kena tukar minyak compressor tu. Jadi, memang mendapat la. So, korang yang tak pernah servis aircond dan dah tak sejuk, kena pergi periksa dahulu masalah sebenar aircond kereta korang.
Punca Aircond Kereta Tidak Sejuk
Di bawah merupakan sistem aircond, jika aircond tidak sejuk mungkin salah satu dari sistem aircond ni yang mengalami masalah.
Apabila aircond ada masalah, mungkin disebabkan beberapa punca dan kebiasaannya yang terjadi disebabkan oleh
- Compressor tidak berfungsi
- Condenser fan rosak
- Filter drier kotor @ tersumbat
- Expansion valve rosak
- Cooling coil terlalu kotor
- Gas aircond bocor
Seperti masalah kereta kami, compressor tak berfungsi disebabkan clutch magnet. Masalah korang mungkin disebabkan faktor lain. Jadi, kalau nak tahu apa masalah aircond kereta tak sejuk boleh ke pusat servis aircond untuk buat pemeriksaan terlebih dahulu.
Kebaikan Servis Aircond Kereta Secara Berkala Di ACS Car Service
Manusia jika sakit kena jumpa doktor, kereta sakit kena jumpa la pakar kereta. Tapi tak semua ya bengkel boleh buat servis aircond kereta. Pengalaman kami tanya beberapa bengkel berhampiran, semuanya kata tak boleh buat sebab tiada kepakaran. Jadi, selepas ni bila dah tau ACS Car Service ada buat servis untuk aircond kereta, ke sini juga la nanti. Biar jauh sikit, asalkan puas hati.
Bila dah jadi macam ni, baru timbul kesedaran untuk servis aircond kereta secara berkala. Nak tahu apa kebaikannya?
- Jangka hayat compressor dapat dipanjangkan apabila minyak compressor lama dibuang, kemudian ditukarkan dengan minyak yang baharu
- Di ACS Car Service, mereka menggunakan machine flushing berteknologi tinggi yang diimport khas dari Jerman dan Italy
- Mengurangkan risiko kebocoran gas, akibat minyak compressor telah bertukar menjadi sifat menghakis
- Suhu dalam kereta menjadi lebih sejuk dengan cepat apabila butang aircond dihidupkan selepas servis flushing dibuat.
Pakej Servis Flushing Sistem Aircond
Servis flushing ni macam mana? Ianya merupakan proses singkirkan minyak compressor aircond yang lama. Kemudian, machine aircond kereta akan teruskan proses flushing tanpa buka sebarang skru dari komponen compressor kereta kita. Jika perlu tukar filter drier, atau expansion valve, mereka akan tukar.
|
Servis Flushing Aircond Sedang Dijalankan |
Kemudian, inject minyak compressor yang baru ke dalam compressor. Setelah itu, deep vacum perlu dilakukan bagi menyingkirkan segala lembapan yang ada, dan jalankan vacuum leak test dulu jika ada kebocoran sebelum masukkan gas mengikut spesifikasi.
Kalau korang nak tahu, sepanjang proses ini tiada sebarang bahan kimia yang merosakkan sistem aircond kereta digunakan. Jadi ianya selamat. Apabila korang ambil servis ni, sebenarnya dah mengurangkan risiko keluar bajet yang tinggi untuk membaiki sistem aircond kereta. Selagi boleh jimat, kita jimat. Tak gitu!!!
Servis Lain Yang Terdapat Di ACS Car Service Aircond
Selain servis aircond kereta, mereka juga turut menyediakan servis lain seperti :
- Enjin
- Brek
- Suspension
- Auto/Manual Gearbox
- Cooling System
- Ignition System
- Diagnostic Tool
Jika masalah major seperti turun enjin, masalah wiring tu korang kena pergi bengkel lain sebabnya mereka lebih fokus kepada aircond.
Waktu Terbaik Servis Aircond Kereta
Sebenarnya, kinah pun baru tahu tau aircond kereta kita ni kena servis, hampir 7 tahun juga la kereta ni tapi tak pernah lagi rasanya servis aircond setakat servis cooling coil, tukar belting dan maintain servis minyak hitam saja.
Itu apa yang kinah tahulah, sebab urusan servis ni suami yang buat dan memang tak pernah pulak dia cerita pasal servis aircond sebelum ni. Bila aircond dah tak berfungsi, barulah tahu selama ni memang tak pernah servis pun.
Ingat tau, lepas ni kita perlu servis aircond setiap 30,000km atau pun setahun sekali supaya aircond kereta kita sentiasa sejuk walaupun apa situasi cuaca sekalipun.
Mengapa ACS Car Service Perlu Menjadi Pilihan
Perkara utama sebelum kita hantar kereta untuk servis, pastinya kita kenal pasti terlebih dahulu pusat servis aircond yang terbaik dan dipercayai. Selain itu, antara sebab mengapa ACS Car Service perlu menjadi pilihan ialah:
Tenaga Pekerja yang Berpengalaman
Mereka mempunyai tenaga pekerja yang berpengalaman luas dalam hal ehwal servis aircond kereta, tak kisah la apa jenis dan jenama kereta yang kita pakai mereka boleh servis.
Teknologi Terkini dan Canggih
Mereka juga mempunyai peralatan teknologi yang terkini dan lebih canggih khusus bagi menghasilkan kerja yang lebih berkualiti bagi menyelesaikan masalah aircond dan servis kereta korang
Jadi bertepatan dengan slogan mereka iaitu FAST, EFFICIENT, RELIABLE
Apa Kata Mereka yang Pernah Servis Di ACS Car Service
Buat Temujanji dan Kunjungi 6 Cawangan ACS Car Service
Berita baik buat mereka yang mencari pusat servis aircond kereta di Lembah Klang, terdapat 4 cawangan ACS Car Service iaitu di Setapak (HQ), Jalan Reko Kajang, Shah Alam dan juga Pandan Indah, Ampang. 2 lagi cawangan pula terletak jauh nun di selatan Tanah Air iaitu di Skudai dan Pasir Gudang, Johor.
Jadi, korang yang berdekatan dengan kawasan cawangan ACS Car Service, boleh dapatkan servis aircond kereta yang terbaik dan profesional seperti mereka.
Cawangan ACS Car Service Setapak (HQ)
NO 2, JALAN SERI REJANG 5
TAMAN SERI RAMPAI, SETAPAK
53300, KUALA LUMPUR
Cawangan ACS Car Service Kajang
NO 22, JALAN PK 1
TAMAN PERINDUSTRIAN KAJANG
43000, KAJANG SELANGOR
Cawangan ACS Car Service Pandan Indah
NO 80, JALAN 4
TAMAN INDUSTRI PANDAN INDAH
55100, KUALA LUMPUR
Cawangan ACS Car Service Shah Alam
1, Jalan Apollo U5/198, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor
Cawangan ACS Car Service Skudai
NO 61, JALAN PERDAGANGAN 3
TAMAN UNIVERSITI
81300, SKUDAI JOHOR
Cawangan ACS Car Service Pasir Gudang
NO 49, JALAN RAMBAI 12
TAMAN KOTA MASAI, 81700
PASIR GUDANG, JOHOR
Waktu operasi mereka adalah seperti berikut :
ISNIN – SABTU : 9.00AM – 6.00PM
REHAT SOLAT JUMAAT: 12.30PM – 2.30PM
AHAD: CUTI
Tunggu apa lagi, buat temujanji korang di
ACS Car Service sekarang atau hubungi 0192211840 atau boleh singgah ke cawangan ACS Car Service berdekatan untuk buat
pemeriksaan percuma masalah aircond korang. Nak tahu lebih detail mengenai ACS Car Service boleh layari
website official, facebook, instagram, youtube.
Pakar Aircond Kereta
"Gerenti Puas Hati, Gerenti Sejuk Nak Mati"
3 Comments
Boleh singgah sini servis aircond kereta kalau tak sejuk
ReplyDeleteThanks for sharing this, i think i also need to service my car aircond
ReplyDeleteThanks so so much for sharing this good air-conditioning service here, especially to repair whenever need on long journey. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDelete