NutriBrownRice® Minuman Beras Perang Segera Bagus Untuk Kesihatan Kita

NutriBrownRice® Minuman Segera Yang Mengandungi Prebiotik Bagus Untuk Kesihatan Kita | Penjagaan kesihatan adalah sangat penting ketika ini. Mana taknya, penyakit 3 serangkai kini bukan sahaja dihidapi oleh mereka yang berumur dalam linkungan 50 an, malah umur 30 an pun dah ada penyakit 3 serangkai ni.

Sebab utamanya?

Tak lain dan tak bukan disebabkan faktor pemakanan dan gaya hidup kita la. Jika kita tak ubah dari sekarang bila lagi kan.

Kinah tau bukan perkara mudah nak ubah gaya hidup yang biasa kita lakukan, tapi jika dah tekad nak ubah, teruskan. Kinah sendiri dah banyak kali cuba nak ubah, tapi macam biasa la, semuanya separuh jalan.

Sehinggalah kinah diperkenalkan dengan minuman segera yang bagus untuk kesihatan kita iaitu NutriBrownRice®. Kalau korang nak tahu, antara bahan utama NutriBrownRice® ni ialah beras perang.

Sejujurnya, tekak kinah ni tak berapa nak telan dengan beras perang. Tekak melayu katakan, dah biasa dengan beras putih. Agak susah nak ubah sebenarnya. Tapi dengan minuman NutriBrown Rice ni memang laju je kinah minum. Memang sekarang minuman segera ni kinah buat stok di rumah, bukannya apa bila lapar di tengah malam kinah cuma bancuh je Nutribrown Rice. Perut kenyang, tidur pun lena.

NutriBrownRice® Minuman Beras Perang Segera Bagus Untuk Kesihatan Kita

Sebelum kita cerita lebih lanjut mengenai NutriBrownRice®, kinah nak kongsi sedikit khasiat yang perlu kita tahu mengenai beras perang.


Khasiat Beras Perang yang Perlu Kita Ketahui

Sejak dari dahulu lagi, beras putih iaitu nasi menjadi makanan ruji kita. Tapi tanpa kita sedar sebenarnya beras perang lebih berkhasiat berbanding dengan beras putih. Maka tak hairanlah, ramai yang telah beralih dari beras putih ke beras perang. 

Hmm apa khasiat berang perang ni ye?

NutriBrownRice® Minuman Beras Perang Segera Bagus Untuk Kesihatan Kita
Sumber : desigusxpro.com

  • Mempunyai bijirin penuh
  • Mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu merujuk kepada seberapa cepat dan seberapa banyak makanan menaikkan gula dalam darah seseorang selepas makan
  • Serat di dalam beras perang membantu mengurangkan kadar kolestrol
  • Membantu sistem penghadaman supaya berfungsi dengan lebih baik
  • Bagus buat pesakit diabetis, ekzema serta individu yang ingin menurunkan berat badan

Minuman Segera NutriBrown Rice Mengandungi Prebiotik

Nampaknya, lepas ni korang tak perlu lagi susah payah nak masak beras perang sebabnya dah ada minuman segera seperti NutriBrown Rice keluaran Abrand Food Manufacturing. Korang cuma bancuh dan terus minum, mudah je kan!!!.

Buat pengetahuan semua, NutriBrown Rice ni rendah gula, 100% vegan, bagus buat mereka yang ada diabetis, bebas laktosa, tiada kandungan gluten. Selain itu, ianya mengandungi vitamin B3, vitamin E, serta vitamin B6 secara semula jadi. Haaa ada satu lagi yang korang kena tahu mengenai minuman segera beras perang ni ialah ianya turut mengandungi prebiotik.

Semua orang tahu kan khasiat prebiotik yang mana ianya bagus untuk kesihatan usus kita. Apabila usus kita sihat, sistem pengahadaman kita pun lancar. 


Rangkaian Minuman Segera NutriBrownRice®

Terdapat 5 perisa NutriBrownRice® dan setiap perisa mempunyai khasiat yang tertentu.
  1. NutriBrownRice® Original + Prebiotik
  2. NutriBrownRice® Original With Brown Sugar + Prebiotik
  3. NutriBrownRice® Purple Sweet Potato + Prebiotik
  4. NutriBrownRice® Oat With Soy Lecitin
  5. NutriBrownRice® Chocolate

Antara 5 perisa tu, yang mana satu menjadi pilihan utama kinah ye? Jawapannya ada dibawah ye.


1. NutriBrownRice® Original With Prebiotik

Bagi korang yang ada masalah gastrik tu, kinah cadangkan korang minum yang original ni. Dah nama pun original kan, rasa dia seperti kita makan nestum original tu. Paling best untuk perisa ni, ianya mengandungi 5.1 g per serving prebiotik inulin. 

NutriBrownRice® Minuman Beras Perang Segera Bagus Untuk Kesihatan Kita

Selain itu, ianya juga mengandungi vitamin E yang tinggi antioksidan. Korang boleh rasa perubahan selepas 14 hari pengambilan. Bagus sangat flavor ni, sebab ianya dapat membantu mencuci kotoran yang ada pada usus dan melancarkan sistem penghadaman kita. 


2. NutriBrownRice® Original With Brown Sugar + Prebiotik

Korang yang tak sempat sarapan tu, jangan skip pulak sarapan tu. Dengan sarapan tu la korang ada energy untuk bekerja dan jalankan aktiviti seharian. Untuk mereka yang selalu sangat atau pun tak sempat sarapan tu, boleh amalkan NutriBrownRice® Original With Brown Sugar + Prebiotik ni sebagai pengganti coffee atau teh semasa sarapan.


NutriBrownRice® Minuman Beras Perang Segera Bagus Untuk Kesihatan Kita

Ia mengandungi vitamin B1 dan B6 yang membantu menguatkan tenaga serta  mengandungi 3.5g prebiotik per sachet. Oh ya, perisa ini juga sesuai juga untuk warga emas yang sering mengalami kebas ditangan mahupun di kaki. Lagipun kandungan gulanya pun rendah. Sesuai sangat la untuk mereka.

3. NutriBrownRice® Purple Sweet Potato + Prebiotik

Perisa purple sweet potato ni sesuai untuk mereka yang ada diabetis. Diingatkan ye, ini hanya minuman yang membantu mengawal gula dalam darah sahaja tau, bukan ubat untuk diabetis ye. 
NutriBrownRice® Minuman Beras Perang Segera Bagus Untuk Kesihatan Kita

Kenapa kinah kata ia sesuai untuk penghidap diabetis? Sebabnya, ianya tiada kandungan gula tambahan malah ianya turut mengandungi vitamin  E semulajadi dan tinggi antioksidan. Jika diambil secara konsisten selama 2 bulan, korang akan mula rasai perubahan yang positif. 

4. NutriBrownRice® Oat With Soy Lecitin

Kalau nak tahu perisa apa yang menjadi favourite kinah, pastinya NutriBrownRice® Oat With Soy Lecitin ni la. Saat kali pertama minum, terus jatuh cinta. Ia bagus tau bagi ibu-ibu hamil dan juga ibu yang menyusu. Dapat tambah susu badan, anak pun happy.

NutriBrownRice® Minuman Beras Perang Segera Bagus Untuk Kesihatan Kita

Satu lagi, bagi mereka yang alami bengkak susu pun boleh cuba minuman ni. Kenapa la kinah tak tahu pasal ni, kalau tak, takde la merana bengkak susu gara-gara Lulu masuk NICU dulu. Hmm tak pela, cerita dah lepas kan.

Bukan untuk ibu-ibu saja ye, bagi mereka yang tinggi kandungan kolestrol boleh juga cuba minuman ni. 

5. NutriBrownRice® Chocolate

Coklat sering dikaitkan dengan kanak-kanak. Bukan kanak-kanak saja yang suka akan coklat ni, orang dewasa pun tak terkecuali. Jadi, dari kita beri anak kita minum coklat yang tinggi gula dan langsung tiada khasiat, lebih baik kita beralih ke minuman segera NutriBrownRice® Chocolate. Ianya sesuai sangat untuk kanak-kanak yang memerlukan lebih 20g serat setiap hari.

NutriBrownRice® Minuman Beras Perang Segera Bagus Untuk Kesihatan Kita

Coklat yang terdapat dalam minuman ni datangnya dari 3 buah negara iaitu South Africa, Papua New Guinea dan Malaysia yang telah diproses dan dikisar dengan fiber semula jadi. 

Cara Penyediaan Minuman Segera NutriBrownRice®

Seperti kinah beritahu di atas, penyediaan minuman segera NutribrownRice® ni sangatlah mudah. Hanya masukkan 1 sachet ke dalam air 220 ml panas. Sejujurnya, Kinah lebih suka bancuh pekat sikit, macam kita minum nestum tu. Jika bancuh terlalu cair, tak berapa sedap dan hilang rasa kemanisan brown sugar tu. 

Minuman ni boleh di ambil sama ada pada waktu sarapan ataupun pada waktu petang. Tak kisah la waktu mana sekali pun. Kekadang tu pada waktu malam, bila lapar kinah bancuh minuman segera ni je buat lapik perut. Alhamdulillah, kenyang la sampai ke pagi tu .

Korang yang tengah nak diet, on diet ataupun nak perbaiki cara pemakanan tu, bolehlah cuba minuman segera NutriBrownRice® ni tau. 

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pembelian boleh layari 

Facebook : Nutri Brown Rice Malaysia
Instagram : NutriBrownRice

Nutri. Goodness Inside. 

#Gastric
#Healtylifestyle
#Prebiotic 
#NutriBrownRice


Post a Comment

0 Comments