Tahun berganti tahun begitu juga zaman pun dah berubah selepas wabak pandemik melanda di seluruh dunia beberapa tahun dahulu. Jika dahulu kita lebih banyak berurusan di kaunter, tapi kini kebanyakan urusan kita melalui dalam talian atau lebih mudah secara "online". Lagipun sekarang semua telefon pintar menggunakan internet, bukak saja telefon semua info di hujung jari kita saja. Tak terkecuali bagi mereka yang kaki shopping.
Jika dahulu kita gigih la pergi ke shopping mall tapi sejak PKP yang lepas, banyak barang beli secara dalam talian saja. Tak payah susah nak ke kedai dah sekarang, kita klik je barang yang kita nak beli, bayar kemudian tunggu je barang tu sampai. Mudah kan. Dengan pelbagai platform e-commerce seperti Shopee dan Lazada urusan pembelian kita jadi lebih mudah. Namun begitu, tak semua barang yang kita nak, ada dijual dalam platform tersebut. Seperti barangan dari Indonesia umpamanya. Iye memang ada seller dari Indonesia dalam platform tersebut tetapi barang yang dijual juga adalah terhad.
Sebenarnya berkenan dengan satu barang ni selepas tertengok dalam platform Tokopedia Tapi barang tersebut tak boleh nak pos ke negara kita kerana kekangan proses , Indonesia. Dah cari kat platform Shopee tapi tak ada pula.
Tapi itulah, bukannya semua barang dari Indonesia yang kita nak ada dalam apps tu. Bila dah berkenan mula lah teringat, nak pergi beli jauh kot sampai ke Indonesia. Mujurlah ada satu company yang menawarkan servis tolong beli barang dari Indonesia ke Malaysia.
TolongBeli.com.my Menawarkan Servis Beli Barang Online Dari Indonesia Ke Malaysia
Bagi mereka yang ingin mendapatkan barangan dari Indonesia, korang boleh menarik nafas lega kerana tolongbeli.com.my menawarkan servis mereka untuk tolong beli barang yang korang inginkan dari Indonesia Marketplace dengan harga yang berpatutan. Kiranya, tolong beli ni umpama Tokopedia versi Malaysia la.
Bagi yang masih tidak tahu mengenai tolongbeli.com.my ni mereka merupakan sebuah syarikat yang telah beroperasi selama 3 tahun dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama TOLONGBELI DIYMAN RESOURCES dengan no pendaftaran 202003229276 dan mereka juga adalah satu-satunya syarikat di Malaysia yang menyediakan servis beli barangan dari Indonesia kemudian pos semula ke Malaysia. Korang boleh je semak di laman web official SSM untuk
Ehh menariknya servis ni kan.
4 Perkara Utama Yang Kinah Suka Dengan Servis Tolong Beli
Best pulak apabila dengar mengenai servis Tolong Beli ni. Jika kita ingin mendapatkan produk dari Indonesia tidak perlu lagi ke sana kerana telah ada servis seperti ini. Memang memudahkan dan kita pulak dapat jimat tenaga, dan pastinya wang ringgit.
1. Urusan Beli Barang Dari Indonesia Lebih Mudah
Hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia yang telah lama terjalin tidak perlu lagi diperkatakan. Jadi tak hairanlah jika kita sebagai rakyat Malaysia ingin membuat sebarang pembelian secara atas talian untuk membeli barangan atau produk yang sah dari Indonesia. Meskipun semua orang tahu di Malaysia ni terdapat pelbagai platform e-commerce seperti Shopee, Lazada, PGMall dan pelbagai lagi platform lain, namun pilihan barangan daripada negara Garuda tersebut adalah terhad di sini.
Di Indonesia, mereka turut mempunyai platform yang sama seperti di Malaysia seperti Shopee Indonesia, Lazada Indonesia, Tokopedia Indonesia, serta Bukalapak Indonesia. Jika korang ada kelapangan, bolehlah cuci mata di website tersebut, dan pastinya korang akan rambang mata dengan barangan yang dijual. Lagipun harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari marketplace Indonesia.
2. Segala Transaksi Dalam Ringgit Malaysia
Korang mesti fikir, apabila menggunakan servis beli barangan dari Indonesia pastinya akan menggunakan matawang negara tersebut. Sebenarnya tak perlu pun. Semua proses transaksi menggunakan matawang Ringgit Malaysia sahaja. Jadi, ianya sangatlah mudah dan kita pun tak perlu ke penggurup wang untuk tukar matawang asing. Segala pembayaran boleh dibuat melalui online bank transfer atau mesin ATM/CDM sahaja.
3. Membantu Proses Pembayaran Ke Website Marketplace Indonesia
Setelah kita membuat pembayaran mengikut kalkulator harga dan segala kos untuk pos, mereka juga akan membantu kita membuat proses pembayaran ke website marketplace pilihan. Ia, sebelum ni kita tidak dapat membuat sebarang pembelian dari sana kerana masalah proses pembayaran ke website tersebut lagipun mereka juga tidak membuat sebarang pengeposan ke Malaysia. Jadi, dengan adanya servis seperti ini, kita boleh dapatkan pelbagai jenis barangan yang ditawarkan di website pilihan kita tanpa had. Syoknya shopping
4. Membantu Pengeposan Dari Indonesia Ke Malaysia
Selain tolong beli, mereka juga membantu membuat pengeposan dari Indonesia ke Malaysia. Korang nak tahu barang dah sampai ke mana boleh periksa melalui tracking yang diberi. Kalau korang perasan semua proses dari pembelian hinggalah penghantaran semuanya diuruskan oleh mereka, kita cuma tunggu sahaja barang yang dipesan itu sampai. Jika tiada masalah, barang korang akan sampai pada waktu seperti yang dijanjikan.
Cara Membuat Pembelian Di Marketplace Indonesia
Korang dah nampak bagaimana proses servis mereka dan pastinya korang nak tahu cara pembelian pula kan.
1. Whatsapp mereka terlebih dulu, dan korang perlu berikan nama, alamat lengkap (negeri alamat penerima), dan no telefon serta nyatakan barang apa yang hendak di beli, sebagai contoh, kosmetik/parts/elektronik dan lain lain.
2. Kemudian berikan link barang yang korang nak beli. Berikan serba sedikit maklumat size packaging (panjang, tinggi, lebar dan berat) untuk mereka bantu buat anggaran awal kos pos nanti.
3. Setelah link barang dan info telah diberikan mereka akan buat kiraan harga barang dan juga anggaran awal kos pos. Setelah di persetujui korang diminta untuk buat bayaran. Bayaran perlu di buat dalam nilai RM
4. Setelah itu mereka akan membuat pembelian. Di ingatkan berkemungkinan seller pilihan tidak dapat meneruskan order, antara sebabnya seller tiada stok. Mereka akan maklumkan semula kepada korang sama ada nak cari barang lain ataupun sebaliknya
5. Apabila barang korang dah sampai di warehouse Indonesia, mereka akan ukur dan timbang semula jika ada penambahan kos pos korang perlu tambah. Jika tiada apa-apa perubahan mereka teruskan pos dan berikan tracking.
6. Setelah dapat tracking korang boleh check secara berkala. Tunggu je barang yang dipesan tu sampai Inshaallah jika tiada kelewatan dari pihak kastam, item akan cepat sampai pada korang.
Testimoni Mereka Yang Berpuas Hati Dengan Servis Tolong Beli
Setelah 3 tahun beroperasi, ramai yang telah menggunakan servis mereka dan rata-rata ramai yang berpuas hati dan mempercayai servis beli barang dari Indonesia dengan tolongbeli.com.my ini.
Di atas, antara review dari pelanggan yang pernah menggunakan khidmat tolong beli. Sebenarnya, ada banyak lagi, korang nak tengok lebih banyak lagi testimoni seperti ni boleh tengok di website official tau. Kinah cuma kongsi hanya beberapa saja testimoni yang ada.
So, macam mana? Korang dah pilih barang yang hendak dibeli tu?. Korang ikut je step cara membuat pembelian barang dari Indonesia tu. Happy Shopping yer!!!
Korang yang dah ready nak shopping tu boleh layari website Tolong Beli, facebook dan email di admin@tolongbeli.com.my
1 Comments
wah..senang sekarang ni nak beli barang dari Indonesia..Baru tahu juga ada servis ni..
ReplyDelete