Tapi kini, ada lagi lebih mudah yang mana kita boleh salurkan sumbangan kita tu melalui dalam talian ataupun bahasa lebih mudah "online" bagi masjid yang kita pilih dan kita bebas menderma tanpa had masa. Menarikkan konsep baru ni. Tapi bagaimana caranya???
Haaa ini yang akan kinah cerita selanjutnya.
Kelebihan Bersedekah
Sedekah boleh ditakrifkan sebagai pemberian dari seseorang kepada orang yang memerlukan seperti fakir miskin, sanak saudara serta mereka yang mempunyai kepentingan fi sabillillah bagi tujuan mendekatkan diri kepada Tuhan iaitu Allah S.W.T.
Firman Allah SWT:
إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)
Sesungguhnya, bersedekah mempunyai banyak kelebihan, terutamanya dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Ramai yang ingin merebut ganjaran pahala sedekah antara kelebihannya ialah:
1. Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah
2. Sedekah dapat menghapuskan dosa
3. Allah akan melipatgandakan pahala kepada orang yang bersedekah
4. Harta orang bersedekah tidak akan berkurangan
5. Mendapat naungan di akhirat nanti
6. Sedekah menjauhkan seseorang dari api neraka
Nampak tak, begitu mulianya orang bersedekah di sisi Allah S.W.T.
Bagaimana Aplikasi Sujood Dapat Membantu Kita Bersedekah
Aplikasi Sujood ni ditubuhkan bagi membolehkan kita menderma kepada mana-mana masjid dan surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja kita berada. Nampaknya, semakin mudah la kita nak menderma. Selain itu, dalam aplikasi ini juga terdapat juga tazkirah, boleh bayar zakat, juga zikir selepas solat
Tapi sebelum nak menderma tu, pastikan muat turun terlebih dahulu aplikasi Sujood di telefon korang tak kisah la korang pengguna android ataupun IOS semuanya boleh. Pergi je ke Google Playstore ataupun App Store untuk muat turun.
Apabila dah muat turun, barulah kita boleh fokus dengan matlamat kita iaitu bersedekah. Buat pengetahuan semua, setakat ini lebih 120 pilihan masjid dan surau yang telah berdaftar dengan Sujood kecuali Labuan.
Lokasi masjid dan surau ini akan ditambah dari semasa ke semasa. Ok la kan, lagipun
Masjid @ Surau Pilihan Untuk Beri Sumbangan
Di antara banyak-banyak masjid dan surau, kinah memilih surau Al-Muttaqin Kg Bugis Batu 6, Pontian Johor. Apabila baca serba sedikit cerita mengenai surau ni, tergerak hati nak beri sedikit sumbangan walaupun tak ada la banyak mana sumbangan tersebut.
Jika sebelum ni mereka solat di surau yang agak uzur dan alhamdulillah kini surau baharu telah dibina di atas tanah wakaf hasil persepakatan penduduk kampung mencari dana. Moga dengan sedikit sumbangan ini, aktiviti mengimarahkan surau dapat dijalankan dengan sempurna.
Tunggu apa lagi, jomlah sama-sama kita tingkatkan amalan kita selagi bulan Ramadan masih ada.
Nak tahu lebih lanjut mengenai aplikasi Sujood, boleh layari website Sujood.
0 Comments