Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch Ks Menepati Gaya Hidup Terkini

Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch Ks Menepati Gaya Hidup Terkini | Jam tangan kini bukan sahaja menjadi penunjuk waktu, malah ianya kini telah dilengkapi dengan lain-lain fungsi seiring dengan perkembangan teknologi ketika ini.

Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch KS Menepati Gaya Hidup Terkini

Meskipun ianya nampak seperti mahal namun ianya bukanlah jadi alasan untuk tidak memilikinya kerana ianya kini telah menjadi satu keperluan kepada yang memerlukan untuk memantau tahap kesihatan tak kira lelaki mahupun wanita.

Kinah memang bercadang nak cari satu jam tangan pintar dan secara kebetulan  menonton satu video di TikTok mengenai jam tangan pintar yang mana beberapa spesifikasi dia sesuai dengan lifestyle kinah ketika ini. Oleh itu, jam tangan pintar Kieslect menjadi pilihan kinah dan kini ianya telah menembusi pasaran di Malaysia. Memang wajib lah kinah dapatkannya sebab dah berkenan sangat dengan function dia tu.

Terdapat beberapa design Kieslect yang boleh kita pilih seperti Lora, Ks dan KR Pro.  Antara 3 jenis design Kieslect, kinah memilih Kieslect Calling Watch Ks sebagai sebagai peranti pintar yang dapat memantau tahap kesihatan dari masa ke semasa di tambah dengan design dia yang nampak lebih trendy, sporty dan sesuai digayakan dengan lifestyle kinah.


Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch Ks Menepati Gaya Hidup Terkini

Kieslect telah mula dilancarkan sejak tahun 2020 lagi dan pada ketika itu, United States adalah negara pertama yang memasarkan smart watch Kieslect ini. Disebabkan jenama Kieslect mendapat sambutan yang menggalakkan dari US, mereka mengorak langkah dengan memasarkan Kieslect ke pasaran luar pula. Kini, jenama Kieslect boleh didapati 60 buah negara termasuklah Malaysia, serta hampir 6000 kedai luar talian.

Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch KS Menepati Gaya Hidup Terkini

Selain itu, Kieslect turut memenangi beberapa anugerah iaitu Anugerah Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award. 

Buat pengetahuan korang, Kieslect Calling Watch Ks juga merupakan jam tangan pintar ketiga yang menggunakan 2-in-1 Core calling chip selepas jam pintar Apple dan Samsung tau. Dengan penggunaan chip ini, penggunaan tenaganya adalah 30% lebih rendah berbanding cip dual yang dapat memanjangkan jangka hayat bateri itu. Setakat kinah pakai, jangka hayat bateri ni boleh bertahan dalam 4 hari jugak la. Itupun bergantung dengan penggunaan korang jugak la.



Mengapa Kieslect Calling Watch Ks of Menjadi Pilihan

Banyak faktor kenapa kinah memilih Kieslect Calling Watch Ks ni. Antaranya ialah:

Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch KS Menepati Gaya Hidup Terkini

Mempunyai aplikasi KIE OS yang mesra pengguna. Sebaik saja korang memiliki Kieslect Calling Watch Ks ni, korang boleh install aplikasi KIE OS yang mana dengan aplikasi ini, korang yang akan tentukan yang mana satu features di dalam aplikasi tersebut. Kira nak setup setting la. Semua aktiviti yang berkaitan korang boleh pantau melalui KIE Os ni la. Tapi make sure korang kena pair dulu smart watch dengan phone korang tu.

Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch KS Menepati Gaya Hidup Terkini

Kinah nak cerita lebih lanjut pasal 1.78’’ Super AMOLED Display (368*448) Super AMOLED ni tak berapa mahir sangat. Tapi kinah memang puas hati sangat dengan dia punya paparan skrin dia. Cerah dan jelas, kalau korang tak berapa suka sangat cerah tu, boleh je adjust brightness tu di setting. 

Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch KS Menepati Gaya Hidup Terkini

Buat mereka yang gemar mendengar muzik, korang boleh dengar terus melalui jam tangan tersebut disebabkan bluetooth 5.2 yang stabil lagipun ianya turut dilengkapi dengan ciri-ciri seperti High Definition Music Playlist on Wrist yang mana korang bebas nak buat sebarang aktiviti.

Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch KS Menepati Gaya Hidup Terkini

Haa ini antara salah satu sebab kinah memilih Kieslect Smart Watch. Iyelah, dulu masa mengandungkan Lulu, kinah pernah kena refer ke pakar disebabkan kadar bacaan jantung kinah laju. Risau juga la kan, walaupun doktor kata jantung kita normal. Mencegah lebih baik dari mengubati tak gitu. 

Jadi, dengan ada Kieslect Calling Watch KS ianya akan memberi amaran awal jika kadar bacaan jantung kita tidak normal seperti biasa. Bagi kinah, memang sesuai sangat la KS ni bagi mereka yang aktif bersukan serta mereka yang bekerja dalam tekanan tinggi. Jadi, bila ada abnormal dari rate yang biasa kita tetapkan, akan ada la amaran nanti.

Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch KS Menepati Gaya Hidup Terkini

Bagi korang yang aktif bersukan, Kieslect Calling Watch Ks adalah pilihan terbaik kerana ianya mempunyai 100 mod sukan. Kinah macam biasa la, aktiviti kinah setiap petang tak meronda naik basikal dengan Lulu, ataupun kinah akan berjalan kaki pusing taman. Korang boleh pantau setiap aktiviti yang dilakukan. Berapa step, kalori  dan pelbagai lagi. Ada masa dapat juga cecah goal, ada masa tak.

Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch KS Menepati Gaya Hidup Terkini

Selain itu, ianya juga turut mempunyai fungsi seperti Handy Navigation Crown Button yang mana ia memudahkan kita menukar jam. Hah sebenarnya ada lagi fungsi yang kinah excited sangat tu, korang boleh periksa tahap SPO2 kita, Sleep Monitoring, yang mana korang boleh trace jam berapa korang tidur, jam berapa pula bangun, pressure test, breathing pun ada okeh.

Bagi kinah la, ngam sangat la features dia dengan lifestyle kinah. 


Bagi yang tengah mencari smart watch yang berfungsi IP68 Waterproof, Kieslect Calling Watch KS adalah "the best choice". Selain itu ianya juga mempunyai fungsi lain yang mana bagi kinah sangat berbaloi untuk kita memilikinya iaitu Built in Games, Customize watch faces, Password Protection, Find Phone, Camera control, Drinking Reminder, Calculator, Whether Forecast, Alarms, Timer, Stopwatch dan Flashlight dan bagi kinah antara yang banyak membantu kinah ialah fungsi find phone.

Kinah ni, selalu sangat lupa kat mana letak phone, dan mujurlah smart watch KS ni ada fungsi tersebut. Serius, ianya memang membantu. Begitu juga jika terlupa simpan jam di mana, kita just buka aplikasi dan klik "Find My Watch".


Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch KS Menepati Gaya Hidup Terkini

So far, kinah memang berpuas hati dengan Kieslect Calling Watch Ks dan ianya sangat berbaloi untuk dimiliki bagi mereka yang tiada bajet untuk beli jenama yang lebih mahal. Untuk korang yang nak dapatkan Calling Watch boleh guna kod baucer KIESKS untuk dapatkan diskaun sebanyak RM10

Oh ya, lupa nak bagitau, dalam kotak termasuk sekali dengan screen protector, sekali dengan manual penggunaan. Jika peranti korang ni ada masalah, jangan risau sebab ada waranti selama setahun yang mana pelanggan yang terjejas boleh menukar jam yang rosak dengan yang baharu tetapi penukaran ini tidak tertakluk pada aksesori dan human error ye.



First come first serve.

Kieslect Official Selling Platform:

Kieslect Official Social Media Platform:

Hashtag
#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness   





Post a Comment

0 Comments