Lubang Pada Jantung Lulu Masih Tak Tutup

Pada 29 Mac 2023 bersamaan 7 Ramadan adalah tarikh appointment Lulu di Pusat Jantung Negara Hospital Serdang untuk buat follow up kes PDA Lulu. Sekejap je kan masa berlalu. Begitu juga dengan Lulu. Dah 2 tahun 6 bulan umur dia.  

Seperti mana dalam rekod yang lepas, saiz lubang pada arteri jantung Lulu masih sama. Tak ada perubahan, namun tak membimbangkan sebab saiznya yang kecil kata doktor dan harapan nak tutup sendiri tu memang tak ada. Jadi, solusi akhir kena bantu tutup lubang tersebut dengan alat.

Alhamdulillah, semasa proses scan Lulu bagi kerjasama pada doktor dan keadaan jantungnya doktor kata ok dan tiada bengkak. Cuma doktor pesan, jika pernafasannya agak laju, baru rujuk semula ke sana. Dalam masa yang sama juga, Lulu sekarang berada di dalam waiting list dimasukkan alat pada jantungnya dan alat tu akan terus berada pada jantung untuk selamanya. Proses ni dipanggil “Catheter procedure”.


Lubang Pada Jantung Lulu Masih Tak Tutup
Lebih kurang macam ni gambarannya

Doktor siap bagi penerangan lagi bagaimana alat itu dimasukkan melalui salur darahnya. Lagipun disebabkan Lulu masih kecil, doktor kata tak apa biar dia besar sikit. Jadi risiko salur darahnya cedera tu rendah.

Sekarang ni solusinya, Lulu kena tunggu nama dia naik la. Entah bila pun tak pasti. Sebab waiting list tu panjang. Nampak sangat la kanak-kanak yang mempunyai masalah jantung ni ramai. Semoga di permudahkan semua urusan anak-anak senasib dengannya.

Kalau korang nak tahu cerita pasal Lulu di awal kelahiran boleh baca link di bawah ni

<<  Kisah Lulu Di Awal Kelahiran >>

Post a Comment

2 Comments

  1. Semoga dipermudahkan urusan Kinah sekeluarga.... moga budak comel Lulu dapat sihat macam anak-anak lainn....

    ReplyDelete