Tonton Movie Seperti Di Pawagam Dengan INLAB SENZ Projector

Tonton Movie Seperti Di Pawagam Dengan Inlab Senz Projector | Panggung Wayang!!!!!!

Dah lama juga kami tak menonton wayang di pawagam. Seingat kinah kali terakhir 5 tahun yang lepas. Rasanya la, sebab dah lama kan!!.

Sebenarnya, dalam hati ni teringin juga nak menonton wayang tapi bila memikirkan si Lulu masih kecil dan tak semua panggung wayang mesra kanak-kanak. Jadi, kita tunggu je la movie tersebut di kaca tv. Mujurlah si kakak memahami walaupun ada masa dia bertanya juga lepas dengar kawan dia bercerita pergi tengok wayang. Kesian pula dengarnya.

Tonton Movie Seperti Di Pawagam Dengan Inlab Senz Projector

Pada suatu hari, tetiba ayahnya suruh kinah survey home projector untuk family. Katanya,"kesian kakak, dah lama ajak tengok wayang tapi tak dapat pergi. "Apa kata kita bagi dia pengalaman menonton movie menggunakan home projector family?" 

Kinah pada mulanya agak blur dengan idea yop, serius ke?

Bila dia kata serius, kinah mula google jenama home projector yang sesuai untuk kegunaan di rumah dan terjumpa pula dengan jenama INLAB iaitu INLAB SENZ. Macam biasa la sebelum nak beli barang ni, kinah akan baca dulu review dari pengguna yang dah memilikinya. 

Tak sangka sangat, walaupun ianya baru saja dilancarkan di pasaran, rupanya dah ramai yang guna dan beri feedback yang positif mengenai INLAB SENZ. Ishhh lagi excited la nak memiliki sebiji projektor di rumah.

Kinah pun terus buat survey sikit spesifikasi dia untuk tahu lebih lanjut.

Ternyata projektor INLAB SENZ projector ni bukan kaleng kaleng ye. Menggunakan sistem android 9 dan ianya juga boleh disambungkan sama ada menggunakan wifi atau boleh juga menggunakan bluetooth. Ikut la kesesuaian dan keselesaan kita. Smart dohhhh tak perlu serabut dengan wayar.

Tonton Movie Seperti Di Pawagam Dengan Inlab Senz Projector

Satu lagi yang buatkan kinah teruja dengan INLAB SENZ ialah kualiti gambar dia. Langsung tak pecah, dan tulisan pun jelas dengan sound dia memang tiptop  umpama kita pakai speaker. Mana tak nya, mereka menggunakan sistem bunyi DOLBY AUDIO. Ok sangat la eih. Lagi pun rumah kami pun bukannya besar mana pun. Bukan nak ajak satu taman tengok wayang kat rumah hehehe.

Korang yang kaki game pun boleh guna INLAB SENZ ni, baru lah syok layan game. Luas je mata memandang.

Teringat dulu masa sekolah, jenuh cikgu pusing tombol nak bagi fokus tu clear tapi itu dulu la. Sekarang dah makin canggih, INLAB SENZ ni dia ada auto fokus yang mana apabila kita alihnya, secara tak langsung dia akan alih secara automatik. Mudah kan. Tak payah susah kita nak adjust semula, leceh.

Lagi satu, ianya juga mempunyai ciri-ciri 4 point keystone bila mana apabila kita letak di kawasan yang tidak rata, ianya turut memaparkan paparan penuh. Jadi, paparan kita langsung tak terganggu dan kita boleh menonton seperti biasa. 

Tonton Movie Seperti Di Pawagam Dengan Inlab Senz Projector

Bicara soal harga, kinah tengok harga sekarang RM989.90 selepas diskaun. Ok la sangat harga tu. Tak salah kita melabur untuk sesuatu yang memberi manafaat kepada keluarga kita dari kita beli tv yang mahal sampai belas ribu jika nak dibandingkan dengan harga yang tak sampai pun seribu. Banyak sangat dah korang jimat kat situ.

Selain itu, terdapat "Screen Mirroring" yang mana kita boleh kongsi kandungan yang ada dalam smartphone kita, tak payah susah dah kita nak lukis, tulis dah. 

Ehhh ada lagi, INLAB SENZ juga mempunyai 2 sambungan USB, 2 sambungan HDMI serta sambungan untuk AUX atau bahasa mudah port untuk letak headphone tu
. Untuk cikgu, atau pun yang kerja di pejabat sesuai la guna untuk presentation ke apa.

Betul-betul tak sangka, walaupun saiz kompak iaitu 29 cm (L) x 22.1cm (W) x 9.5 cm (H) tapi ianya sangat berbaloi untuk dimiliki tak kira la siapa pun. Bagi kinah la ye, inilah cara untuk kami sekeluarga menghabiskan masa bersama-sama menonton movie kegemaran kami di hujung minggu. Mungkin dengan adanya home projector ni si kakak tak ajak dah tengok wayang, silap haribulan dia ajak kawan dia tengok wayang di rumah kami. Bukan boleh percaya dia tu…

Ehh tak yah fikir lagi dah, jom la kita beli sebijik INLAB SENZ ni, nak lagi murah boleh masukkan kod INLA0030, boleh dapat diskaun RM30. Siapa nak bagi kan… Bila dah ada seketul, lepas ni senang la nak layan netflix dan tengok youtube.

Nak beli kat mana INLAB SENZ ni?

Official Shopee – https://shope.ee/8zVy4WmnFZ

Post a Comment

0 Comments