Penjagaan Cermin Kereta Dengan Car Life Screen Care Kit

Penjagaan Cermin Kereta Dengan Car Life Screen Care Kit | Cermin kereta hadapan ataupun windscreen adalah salah satu komponen kereta yang membolehkan kita sebagai pemandu melihat pandangan hadapan serta kawasan sekitar. Namun begitu, pernah tak korang rasa penglihatan seperti terganggu setiap kali hujan ibaratnya pakai cermin mata tapi kabur sebab ada kesan kotoran di cermin mata. Haaa lebih kurang gitulah di cermin hadapan kereta kita. Lagipun, ianya juga tidak mencalarkan segala permukaan.

Hal ini disebabkan cermin hadapan kita sering terdedah dengan habuk, debu, najis binatang dan adakalanya terkena percikan sisa minyak. Jika dibiarkan keadaan seperti ini berterusan, penglihatan kita tidak jelas ketika memandu.

Meskipun kita sering membersihkan cermin kereta namun begitu cermin hadapan kereta kita ni sebenarnya ada cara penjagaannya supaya ianya lebih bersih, terang dan lebih jelas. 

Penjagaan Cermin Kereta Dengan Car Life Screen Care Kit


Kenapa Cermin Hadapan Perlu Dibersihkan Selalu

Penjagaan cermin kereta sangatlah penting supaya ianya tidak mudah rosak. Harga cermin hadapan kereta tu bukannya murah ye. Oleh itu, kita perlu kerap bersihkannya supaya kotoran seperti debu, pasir halus yang melekat pada permukaan cermin kereta itu tidak akan menjejaskan cermin kereta anda.

Jika dibiarkan sisa kotoran itu tanpa dibersihkan, berkemungkinan cermin kereta akan lebih sukar dibersihkan. Jika ada kesan kekotoran lama, sisa pasir debu pula akan membuatkan cermin kereta kita akan calar sehingga ianya sukar dipulihkan dan secara tak langsung struktur cermin kereta akan menjadi lemah dan akan mudah retak jika terkena lantunan batu kecil. 

So, jika tak nak keluar bajet lebih untuk tukar cermin kereta baharu, rajinkanlah diri untuk bersihkan windscreen kereta tu ye. 

Penjagaan Cermin Kereta Dengan Car Life Screen Care Kit

Meskipun windscreen selalu dibersihkan, tapi penglihatan tetap juga tak jelas terutamanya pada waktu hujan lebat. Stress kan tengok!!!

Kereta kami tak terkecuali. Walaupun yop selalu bersihkan cermin hadapan tu, tapi setiap kali hujan lebat, penglihatan langsung tak jelas meskipun wiper tu dah habis laju dah. Tak lama selepas tu, yop suruh kinah survey rain shield untuk cermin hadapan kereta ni. Dia tau pun lepas tengok video dekat sosial media. Kinah pun apa lagi, google la rain shield sehinggalah kinah jumpa Screen Care Kit khusus untuk windscreen kereta daripada Car Life.


Car Life Screen Care Kit

Dalam kit ini, terdapat 3 item utama iaitu Car Life Screen Wash, Car Life Rain Shield dan Car Life Microfibre Cloth. Ketiga-tiga item ini sangat penting dalam penjagaan windscreen kita. Jom kinah cerita serba sedikit setiap item dalam set ni.

Car Life Rain Shield

Penjagaan Cermin Kereta Dengan Car Life Screen Care Kit

Car Life Rain Shield ni adalah item utama dalam kit ni. Ia bertindak sebagai pelapis bagi windscreen kita. Kiranya bila hujan lebat, ianya bertindak sebagai kalis air. Jadi, apabila kita memandu dalam keadaan hujan lebat, penglihatan kita akan lebih jelas, selesa dan selamat.

Cara gunanya pun mudah, cuma titiskan dalam kuantiti yang mencukupi ke atas kain microfiber dan sapu kesemua permukaan windscreen, cermin belakang dan ianya tak perlu dibilas. Diingatkan, sebelum korang sapu rain shield ni, pastikan permukaan cermin korang tu kering ye dan jangan lupa bersihkan sekali wiper tu heee.


Car Life Microfiber Cloth

Penjagaan Cermin Kereta Dengan Car Life Screen Care Kit

Kain lap kereta ni bukan boleh guna sebarang jenis kain ye. Seeloknya kita guna kain jenis microfiber kerana ianya bertindak sebagai perangkap habuk yang halus di sebarang permukaan termasuklah di dalam kereta. Jika korang mencari kain microfiber,  korang boleh menggunakan Microfiber Cloth dari Car Life.

Kain dia pun besar dan ianya boleh digunakan semula dan tahan lasak. Sesuai digunakan di semua permukaan seperti cermin, perabot dan pelbagai lagi kegunaan. 

Cara penjagaan kain ni pun mudah korang cuci saja dibawah air yang mengalir, tidak perlu menggunakan sebarang pelembut dan juga sebarang peluntur.


Car Life Screen Wash


Jika sebelum ni Yop menggunakan syampu biasa untuk cuci windscreen, tapi kini tidak lagi sejak adanya Car Life Screen Wash ni. Screen Wash ini berfungsi sebagai pembersih kotoran yang berada di permukaan windscreen kita. Ia akan bertindak dengan air wiper setiap kali kita guna wiper dan jangan risau ianya selamat.

Penjagaan Cermin Kereta Dengan Car Life Screen Care Kit

Cara gunanya pun mudah saja, hanya tuang 1/4 daripada botol Screen Wash ke dalam komponen bekas air wiper kemudian tambahkan air biasa ke dalam bekas komponen tersebut. Boleh tambah jika korang rasa kuantiti campuran air dan screen wash tadi semakin berkurangan. Kiranya ikut keperluan juga la.



Review Screen Care Kit Daripada Car Life

Alhamdulillah, lepas guna Screen Care Kit ni masalah kami selesai. Sekarang ni kan musim hujan, memang sangat membantu. Baru-baru ni kami ke Utara Tanah Air untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kenalan kami dan sepanjang perjalanan tu hujan agak lebat jugak la. 

Percaya tak, perjalanan kami pada masa tu alhamdulillah lancar, dan penglihatan kami sangat la jelas meskipun masa tu hujan agak lebat ditambah pula dengan keadaan masa tu dah malam. Alhamdulillah, kami memang berpuas hati dan memang recommend kepada korang dengan produk dari Car Life ni.

Penjagaan Cermin Kereta Dengan Car Life Screen Care Kit

Gambar di atas adalah gambar yang diambil setelah menggunakan rain shield dan juga screen wash. Korang boleh tengok, kesan air di permukaan cermin tu. Walaupun air agak banyak tapi nampak smooth je

Korang kena cuba Screen Care Kit ni tau. Kalau korang tak nak beli set, atau nak cuba dahulu korang boleh je beli ala carte di website dan jangan risau soal harga kerana harganya berpatutan. Korang yang berminat, boleh klik di pautan website official Car Life Malaysia.

Post a Comment

1 Comments

  1. LZ suka dengan benda-benda camni, membantu memudahkan hidup..
    Nampak jelas windscreen puas mata memandang.

    ReplyDelete