Rebut Peluang Mengikuti Program Diploma Kewangan Islam Di INTEC Education College | Alhamdulillah, masing-masing telah pun terima keputusan SPM. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Haa apa perancangan adik-adik selepas SPM ni? Pastinya ingin menyambung pelajaran bukan?
Tapi sebelum itu, adik-adik sudah membuat pilihan program atau jurusan apa yang adik-adik ingin pilih?. Bukannya apa, bimbang jika salah pilih adik pula yang menyesal nanti. Ni, akak nak kongsi tip bagaimana adik nak pilih program yang sesuai dengan adik
1. Dapatkan maklumat tentang program atau universiti pilihan
Sekarang ni kan semuanya di hujung jari je, adik-adik boleh dapatkan maklumat berkaitan program yang bersesuain di internet yang memberi peluang pekerjaan mengikut keperluan industri masa kini. Di samping itu korang juga boleh cuba cari pengalaman pelajar yang pernah mengikuti program sebelum ni dan dari situlah adik-adik boleh dapat gambaran sebenar mengenai program. Jelas tak?!
2. Hadiri ke Hari Terbuka Universiti
Rasanya ramai yang terlepas pandang dengan program sebegini. Rajin-rajinkan lah hadiri 'open day', dan dapatkan informasi dan hebahan di sosial media. Bagusnya ada program sebegini, adik-adik boleh dapat gambaran sebenar kehidupan 'university life' berdasarkan pengalaman oleh pelajar itu sendiri, dan ada juga di antara mereka yang boleh beri penerangan serba sedikit mengenai kos yang adik-adik minat dan dari situ adik-adik boleh buat keputusan yang terbaik untuk diri adik.
Program Diploma Kewangan Islam Di INTEC
Objektif Pendidikan Program Diploma Kewangan Islam Di INTEC
- Melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan yang luas dan kemahiran praktikal dengan kebolehan kognitif dalam industri kewangan Islam.
- Memupuk sikap boleh bekerja dalam berpasukan, mempunyai ciri-ciri kepimpinan, interpersonal dan kemahiran berkomunikasi.
- Menjadikan graduan yang celik IT, mempunyai pendekatan analitikal yang berkaitan serta mempunyai kemahiran numerasi dalam kewangan Islam.
- Melahirkan graduan menunjukkan kemahiran pengurusan dan keusahawanan yang berkesan disamping mengekalkan etika dan profesionalisme dalam industri perkhidmatan kewangan.
Peluang Pekerjaan Bagi Graduan Diploma Kewangan Islam
- Eksekutif Zakat
- Pegawai Syariah
- Eksekutif dalam industri kewangan
- Perunding Jualan
- Perunding Takaful
- Perunding Unit Amanah
- Perunding Skim Persaraan Swasta
- Perunding Harta Pusaka
- Perancang Kewangan Islam (Shariah RFP/IFP)
Sumber Gambar dari: INTEC Official Facebook Page |
Berpeluang Menyambung Pelajaran Di Peringkat Sarjana Muda
- Diploma Pengurusan Perniagaan (Diploma in Business Management)
- Diploma Pengurusan Awam dan Governan (Diploma in Public Management and Governance)
- Diploma Pengurusan Halal Saintifik (Diploma in Scientific Halal Practices)
- Diploma Perakaunan (Diploma in Accounting)
Kelebihan Mengikuti Program Diploma Di INTEC Education College
- Program Diploma beserta latihan industri dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar akan situasi alam pekerjaan yang sebenar
- Mempunyai peluang pekerjaan yang lebih cerah sejajar dengan keperluan industri
- Jika ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, pelajar dibenarkan untuk pemindahan kredit bagi kursus yang telah diambil sewaktu di peringkat diploma.
- Berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti yang diiktiraf sama ada dalam mahupun luar negara
0 Comments